Pages

Blogger templates

Allah says : 'Remember Me, I will remember you' (Al-Baqarah : 152)

July 30, 2013

Halal Events and Halal Mobile Applications


Since 1400 years ago :
Muslims have been remindered about Halal and Haram.


“O ye who believe! Eat of the good things wherewith We have provided you, and render thanks to Allah if it is (indeed) He whom ye worship” (2:172).
"Wahai orang-orang yang beriman! Makan satu perkara yang baik-baik yang Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika ia (sebenarnya) Dia yang kamu sembah "(2:172).




"Claiming (find) a Halal is obligatory on every Muslim."

Imam ad-Dailami in Musnad al-Firdaus from Anas. According to Imam as-Suyuti, the hadith is hasan status. See: al-Jami 'as-Saghier, hadith no. 5270

"Menuntut (mencari) yang HALAL adalah wajib ke atas setiap orang Islam."
Riwayat Imam ad-Dailami dalam Musnad al-Firdaus dari Anas r.a.. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini darjatnya hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 5270


"Any slave who grew / grow his meat from unclean food and lap, then the Fire is more important to him."
Narrated by al-Haafiz Ibn Mardawaih from 'Atak from Ibn' Abbas reported
"Mana-mana hamba yang tumbuh/membesar daging badannya dari makanan yang haram dan riba, maka api neraka lebih utama baginya."
Riwayat al-Hafidz Ibnu Mardawaih dari ‘Atak dari Ibnu ‘Abbas r.a.


Here we are promoting you Halal Mobile application on your gadgets !
Personally, this applications are beneficial as you can make halal confirmation for any products or services anytime and anywhere ! In case you are on the trip and you feel hesitate about a restaurant wether it already lawful with halal certificate or not, you just simply check it through your fingers!

Here are the tutorials :

Quick Tutorial on Halal Apps by HDC


credit image

Below are some of  links that could help you in searching for halal products and services...

 ~FACEBOOK Sahabat Halal JAKIM
~DIREKTORI Halal JAKIM
~WEBSITE OF HALAL INDUSTRY DEVELOPMENT COOPERATION
~Malaysia Halal Directory for MATRADE


Halal issue is a hot topic everywhere as whole over the world talk about it even between non-muslim community. Muslims are really sensitive on this halal issue and sometimes the issue may cause blazing row among muslims society.Example : People will ban any companies or restaurants who provide services without halal certificate and sometimes we easily blame any Islamicdepartment  like JAKIM for did not well in enforcing the Halal's rule.The most important thing is how we put a big effort in searching for Halal stuff.


we are invite you to two biggest Halal event in Malaysia. Hope everyone will get clearer understanding and act more appropriately regarding on this Halal issue. Insha-Allah

For futher information drop by here 

Are you interested in this event ? check it out here


Let's spread this info together , so everyone will get benefits and ummah as well. Insha-Allah.

July 25, 2013

[Tutorial] Bahasa Arab 'Ammiyyah Mesir


Ahlan fi Misr, ya Malizi!

#eh??

Hari ini kami menyediakan satu ruangan khas bagi mempelajari Bahasa Arab Ammi (bahasa pasar) bagi Negara Mesir. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat yang mungkin tidak tahu, di Mesir tidak menggunakan Bahasa Arab Fushah - bahasa arab yang kita belajar di sekolah. Begitu juga negara-negara Arab yang lain termasuklah Jordan. Malah, bahasa pasar bagi setiap negara Arab itu juga ada sedikit perbezaan.

Kalau kita pergi ke Mesir, dan bercakap menggunakan Bahasa Arab Komunikasi/ Tinggi (BAT) seperti yang dipelajari di sekolah dulu, ada sesetengah orang Mesir yang boleh faham. Dan ada yang juga yang tidak.

contoh Fushah : Kaifa haluka/ki? (kamu apa khabar?)
contoh 'Ammi : Izayyak? ('izayyik' bagi perempuan)


*contoh-contoh berikut merupakan ayat-ayat yang biasa dan mudah digunakan oleh kebanyakan palajar Malaysia di Mesir dalam perbualan seharian.

Ismak/ismik eih? = siapa nama kamu?
Ana ismi... = nama saya...
'andak kem sanah? = kamu berapa tahun?
ahlan wasahlan = selamat datang
Taskunu/nin fein? = kamu tinggal di mana?
Enta aiz fein? = kamu mahu ke mana?
sa'ah kem dil waqti? = pukul berapa sekarang?
lau samaht = maafkan saya (excuse me/please)
ma'alish = maafkan saya (i'm sorry)
ma'assalamah = goodbye
ana quwayyis = saya okay/baik
ana aiz da/di = saya mahu ini/itu
bi kem di/da, ya 'amm? = berapa ni, pakcik?
istanna/sawaniy shuwayya = tunggu sekejap
mumkin takhfiid? = boleh diskaun?
ma fiish mushkila = tiada masalah
ana mish 'arif = saya tidak tahu
ahsan/quwayyis giddan = cantik/bagus sangat
maashi = baik, okay
aywa = ya, betul

*bagi memudahkan pemahaman ayat-ayat di atas, mari lihat isim istifham (kata tanya) yang digunakan:
-eih = apa
-leih = mengapa
-kem/kam = berapa
-keif = bagaimana
-fein = di mana/ke mana
-miin = siapa
-imta = bila

*penggunaan dhomir (kata ganti diri) seperti yang kita pelajari dulu masih sama kecuali dhomir nahnu (kamu) yang disebut 'ihna' dalam sebutan Amminya.

contoh : ihna Maliziyy (kami orang Malaysia)

'Asiir 'asob (air tebu) Mesir memang terbaik!
(gambar ehsan Pakcik Google)

*perlu juga diketahui di sini bahawa tidak semua huruf hijaiyyah disebut dengan sebutan yang sama dalam Arab Ammi Mesir ini. ada beberapa huruf yang sebutannya agak berbeza. contoh :

- huruf tha disebut 'ta', contoh : talaata (asalnya thalatha = tiga)
- huruf jiim disebut 'ga', contoh : gama'ah (asalnya jami'ah = universiti)
- huruf qaf ditukarkan sebutannya dengan huruf 'a', contoh : 'asob (asalnya qasob = tebu)

*nama-nama makanan di Mesir :
- roti = 'aysh / fino (roti panjang)
- coklat = shukulatah
- biskut = baskawit
- sandwich = sandawitsh
- kebab = kabaab
- telur = baidt
- nasi/beras = aruz
- mee/spagetti = makrunah
- jus buah-buahan = 'asiir
- air = mayya
- susu = laban
- falafel = ta'miyya

ta'miyya - patut cuba rasa sekali. sedap.. tapi jangan makan kerap sangat ye ^_^


Pendedahan ini adalah bertujuan berkongsi ilmu sama ada untuk sahabat yang akan ke Mesir mahupun untuk sahabat-sahabat yang berminat mempelajari bahasa negara lain. Insyaallah..tak rugi pun belajar sikit-sikit. paling kurang bila kita dengar perkataan tu disebut, kita dapat tangkap bahasa negara mana, kan? ^___^


Apa yang dikongsikan hanyalah sedikit. Selebihnya, kena belajar sendiri di negara tersebut...insyaallah, tak susah sangat nak faham orang Mesir cakap sebab mereka masih bercakap bahasa arab walaupun sebutannya sedikit berbeza. Dan menariknya, orang Mesir boleh bercakap perlahan-lahan sampai kita faham apa yang cuba mereka sampaikan. jarang sekali mereka ketawakan kita orang Malaysia.

# sebarang pertanyaan, boleh tanya di ruangan komen. Kalau ada yang tersilap mohon ditegur.

'Ala kulli hal, Syukran giddan~~

July 24, 2013

Lirik Nasyid -Cinta Sejati (Nostalgia)

NASYID : CINTA SEJATI

ini merupakan lagu nasyid yang selalu dinyanyikan oleh kumpulan nasyid samten Kumpulan Mubarak dan Balqis An-nur.Kadang-kadang nasyid firqah pun bawa lagu ni juga. Ok siapa yang tahu, mesti dah senyum dan nyanyi lagu ni sorang-sorang... Buat yang tidak tahu, nyanyikanlah versi sendiri. : D

Cinta...pada-Mu Allah
Setinggi kasih dalam kalbuku
Yang mengharapkan belas dari-Mu
Syurga-Mu itu dalam redha-Mu

Kasih sayang-Mu cebisan rahmat
Yang kau berikan pada hamba-Mu
Peliharalah hamba-Mu ini
Menuju arah keredhaan-Mu

chorus:

Kehebatan-Mu dalam menciptakan
Keindahan dunia Alam semesta
Iman kepada-Mu tukiran taqwa
Dalam menuju jalan ke syurga

Sempurnakan , kehidupan kami
Tuhan Maha Pengasih
Dengarkanlah rintihan hamba-Mu ini
Peliaharalah iman Ya Allah, Ya Rabbi

Cinta pada-Mu Allah, Cinta sejati
Allah,Allah,Allah,   Allah,Allah  Allah,   Allah ,Allah, Allah Ya Allah





Sumber : Bekas ahli Balqis An-Nur

Putus jari tuanku, ada hikmahnya !


Klu mula :
"Setiap yang berlaku ada hikmahnya"


Tersebutlah alkisah, seorang raja yang banyak tanah jajahan namun gemar berburu. Asalkan ada sahaja masa terluang, pasti dia akan keluar berburu. Apa sahaja yang boleh diburu akan diburu.Dan apa yang pasti setiap kali berburu baginda WAJIB ditemani Tuan Bendahara.Maklumlah bendaharalah tempat rujukan si raja.Seperti kebiasaan pada suatu ketika, raja dan bendahara keluar berburu......


Malang sungguh hari itu buat si raja dan bendahara. Apa tidaknya,walau seekor binatang tidak dapat ditangkap.Sudahlah panas, hasil pun tiada.Bendahara menenangkan si raja dengan berkata : "Sabarlah,tuanku.Pasti ada hikmahnya"

Begitulah halnya setiap kali panahan baginda tidak mengenai sasaran, setiap kali si raja merungut menyalahkan takdir,setiap kali tergelincir di dalam hutan (eh?) bendahara masih mengulangi kata-katanya tanpa ada rasa jemu .....



Tiba suatu masa,setelah hampir lewat petang....
akhirnya si raja berjaya mendapatkan seekor pelanduk !
Bukan main gembira si raja, maklumlah dah berjam-jam baru dapat seekor! Pelanduk pula tu...

Si raja bukan main gelojoh lagi ingin memotong daging pelanduk tadi. Sedap katanya.Buat pembaca blog ini, tuanku mengesyorkan untuk mencuba daging pelanduk ! Maka dengan bersungguh-sungguhnya, diambil oleh raja pisau yang amat tajam untuk memotong daging pelanduk..Akan tetapi............




















Si raja telah terpotong jarinya sendiri.Harap faham.Baginda ialah raja bukanlah chef.Barangkali itulah sebabnya. Maka seperti biasa dengan penuh kesedihan si raja mengeluh kepada tuan bendahara.

"Apalah nasib beta!!! Jari beta sudah terputus.. : '''' (  "









Namun , seperti biasa tuan bendahara mengulangi kata-kata yang sama.







"Ah, tuan bendahara kata ada hikmahnya??? Tidakkah tuan bendahara nampak jari beta sudah terputus ! Berani sungguh tuan hamba mempermainkan beta dengan kata-kata tadi "

Kemain (baca : bukan main )  marahnya si raja.Sampai sahaja mereka di istana , si raja menitahkan agar tuan bendahara dikurung di dalam penjara.Biar si bendahara tahu kepedihan hati baginda yang kehilangan jari.Hhmmm...


Masuklah tuan bendahara di dalam penjara.





Setelah sekian lama, si raja ingin keluar berburu lagi.Sudah dijelaskan tadi berburu adalah hobi baginda. Meskipun tuan bendahara tiada, baginda tetap ingin berburu.Maka keluarlah berburu si raja sendirian.

Malang sekali lagi buat baginda kerana kali ini baginda telah ditangkap oleh orang kanibal (manusia makan manusia ) yang merasakan baginda layak dijadikan 'korban' terbaik untuk mereka.Yalah, raja kan? mestilah kacak dan berpakaian hebat.Lalu baginda telah ditangkap untuk dijadikan 'korban'.


Menangis ketakutanlah si raja mengenangkan maut yang bakal menjelma. Menyesal baginda kerana keluar berburu sendirian.Namun sebelum upacara korban dimulakan, ketua kampung orang kanibal akan memastikan 'korban' memenuhi rukun dan syarat-syarat sah korban.Barulah 'korban' halal dimakan.


Antara rukun korban ialah : Korban mestilah sempurna fizikal.Setelah diperiksa, ternyata orang-orang kanibal menyedari kecacatan si raja yang putus jarinya. Maka baginda pun dilepaskan kerana mereka bimbang mendapat dosa kalau 'korban' tak diterima. Apalagi berlari keriangan si raja pulang ke istana dan pastinya orang YANG PALING DIRINDUI  ialah tuan bendahara.Sampai di istana, baginda segera bertemu dengan bendahara."Benar kata kamu, jari beta terputus ada hikmahnya.." Raja pun berceritalah akan tragedi yang menimpanya dari A hingga Z.

Tersenyum si bendahara sambil berkata: " Sesungguhnya saya dipenjarakan pun ada hikmahnya. Jika tidak pasti saya akan mengikuti tuanku dan sudah tentulah saya yang akan menjadi korban sementara tuanku terselamat " Kedua-dua raja dan bendahara tersenyum. Si raja pun membebaskan bendahara.









Nota kaki :
"If we never thank Allah for every smile, why we blame him for every tear? "
"Siapa kamu untuk tidak mensyukuri pemberian Allah sedangkan setiap helaan nafas milik-Nya "



Sumber :
Kisah ini telah diceritakan oleh Al-fadhil Habib Najmuddin Othman Al- Khered semasa Daurah Firasy .


"Ramadhan kareem"

"allahu akrom"

July 22, 2013

#V5- Sini Hostel Ada Hantu (S.H.A.H) Video Generasi 94


Ini merupakan video batch kita semasa Majlis Tingkatan Empat 2011
masihkah ingat?
Buat pelajar asrama , tentu masih merindukan majlis tingkatan empat saban tahun..
buat sahabat-sahabat lain yang belum pernah menonton, silakan..

video zaman muda-muda..
moga iman kita sentiasa muda..


Sini Hostel Ada Hantu (S.H.A.H) Part-1 di youtube





                                            Sini Hostel Ada Hantu (S.H.A.H) Part-2 di youtube

Lokasi belajar Generasi 94 (update 2014)


 ukhuwwah tak perlukan mata bertentang,
apalagi minta dipertemukan saban hari,
bukan janji sehidup semati,
kawan 1000 tahun  belum lagi menjanjikan sebuah ukhuwwah.

cukup kata ukhuwwah biarlah percaya,
kerana nafasnya sangkaan baik,
kerana nadinya keutuhan iman,
kerana janjinya satu keikhlasan,
hebatnya tiada yang lain,
rahsia titipan  doa buat sahabat dijanjikan tiada berhijab pada illahi.

Biarlah huluran pertama salam ta'aruf menjadi ingatan,
Doaku cuma satu, moga tiada pernah kata perpisahan 
kerana mohonku ukhuwwah ini kekal sampai ke syurga.
Insha-Allah : D

ALLAH pandanglah harapan ini, dengarkan rintihan ini, perkenankan doa ini...




Darul Quran, Kuala Kubu Bharu, Selangor

-Muhammad Hafiz Nordin
-Muhammad Khairul Anuar Adnan

Politeknik Seluruh Malaysia 

-Nur Athirah Hussin  (Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kedah)
-Khairul Syaza Mahfodz  (Politeknik Tuanku Sirajuddin Shah, Perlis)
-Nurul Athirah Azahari   (Politeknik Muadzam Shah, Pahang)
-Maisarah Nordin   (Politeknik Merlimau Melaka)
-Nur Atikah Rohaimi   (Politeknik  Sabak Bernam, Selangor)
-Wan Nur Sahira Wan Sazuki    (Politeknik Shah Alam, Selangor)
-Muhammad Muttaqin Roslan  (Politeknik Shah Alam, Selangor)
-Ili Aqilah Masbi (Politeknik Sultan Azlan Shah,Perak )

INTEC,Shah Alam (A-Level)

-Iffah Farhanah Ab Latib
-Rabiatul Adawiyah Ariffin
-Mujjib Amir Fakhrudin
-Imran Khan Mohd Jais

USCI University (A-Level)

-Abu Bakr Tayyib Azizan

Institut Kemahirah Ikhtisas Pahang (IKIP),Pahang 

-Amelia Nur Natasha Nazeri

International Medic University (IMU)

-Aina Nadhirah Shahar

Institut Profesional Baitulmal (IPB)

-Nur Liyana Zainal Alam

Curtin University Sarawak

-Najwa Kamilah

Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS)

-Siti Nazratul Ezdiani Basmullah
-Wan Anis Amirah Wan Ahmad Khusairy

Multimedia College , Kuala Lumpur (MMC)

-Ahmad Azri Asraf Ahmad Saifudin

Multimedia University (MMU)

- Amirah Abu Hassan

Segi University College

-Muhammad Arif Ismail Marulla

Admal Aviation College 

-Nu'man Shofwan Ramadhany

German- Malaysian Institute (GMI)

-Abdul Naqib Eizaz Abd Samad
-Muhammad Iskandar Shah

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)

-Nur Syahirah Rahman (Peretak, Kuala Kubu Bharu , selangor)

Kolej Poly-Tech Mara (KPTM)

-Fatin Nabila Mahat
-Muhammad Husainie Mohd Tarmizie
-Muhammad Amirul Ariffin

Kolej Mara Seremban

-Muhammad Taufiq Roslan

Kolej Hafiz Klang, Selangor

-Muhammad Sirajuddin Md Riduan

Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS)

-Mohamad Saiful Bahri Ariff Shah
-Zafeq Fazrey Zamzuri
-Helida Nasir
-Nur Anis Shari
-Amira Raiha Ridzuan
-Nur Aishah Ahmad Maliki
-Nur Najihah Mazri
-Kamalia Kamal Sham
-Nurfatin Amira Mohd Rasidi

Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)

-Dzul Ameer Iqram Zulkifli

Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) *insha-Allah selamat bercuti pada 2014..sila jeles  : X

-Muhammad Ammar Firhan Nasharudin (SMAP Labu, Negeri Sembilan)
-Arif Aizat Kamaruzzaman (SMK SAAS )
-Mohd Afiq Said (Maahad Hamidiah Kajang)
-Muhammad Shahrizat Rosni (Maahad Hamidiah Kajang)
-Muhammad Iddin Shamsudin (Maahad Hamidiah Kajang)
-Muhammad Harith Hanifah (Maahad Hamidiah Kajang)
-Mohammad Ariff Syazwan Maslan (Maahad Hamidiah Kajang)
-Abdul Rahman Rahim (Maahad Hamidiah Kajang)
-Khairul Rizal Hashim (Maahad Hamidiah Kajang)
-Muhammad Zulhaqim Yazid (Maahad Hamidiah Kajang)
-Nurul Nadiah Halim (Maahad Hamidiah Kajang)
-Athirah Zailani (Maahad Hamidiah Kajang)
-Siti Nur Amirah Miswan (Maahad Hamidiah Kajang) 
-Nurul Aini Jamaluddin (SMK Taman Tasek Ampang)
-'Aida Nur Madihah (SMK Taman Medan )
-Ahmad Fadzil (Kajang High School)

Universiti Kuala Lumpur (UNIKL )

-Nor Safwan Hadi Nor Afendi (Royal College of Medical, Perak)

Universiti Teknologi Mara (UiTM)

-Nurul Faizah Baba (Kampus Seri Iskandar, Perak)
-Nor Hanani Aziz (Kampus Seri Iskandar, Perak)
-Nur Alia Atiqa Zulhizan (Kampus Dungun , Terengganu)
-Siti Nur Athira Shamsudin (Kampus  Machang, Kelantan)
-Alya Balqis Fauzi (Kampus Bukit Mertajam, Pulau Pinang)
-Mohamad Akmal Bastamam (Kampus Bukit Mertajam, Pulau Pinang)
-Mohd Zaki Zailani  (Kampus Bukit Mertajam, Pulau Pinang)
-Mohd Shahrizal Arif (Kampus Alor Gajah, Melaka)
-Muhamad Nur Iman Abdul Kudus (Kampus  Alor Gajah, Melaka )
-Asilah Agus Salim (Kampus Arau, Perlis)
-Nurul Hazirah Adnan (Kampus Arau , Perlis)
-Nor Ezzati Khaidir (Kampus Segamat, Johor)
-Muhd Nazhif Zailani (Kampus Segamat, Johor)
-Noor Ain Hafizah Abdul Manan (Kampus Shah Alam, Selangor)
-Nur Syahirah Latiff (Kampus Shah Alam, Selangor)
-Syazana Ameela Nohnawi (Kampus Shah Alam, Selangor)
-Muhammad Rais Yusuf (Kampus Shah Alam, Selangor)
-Wan Nurfarhan Mohd Noor (Kampus Shah Alam , Selangor)
-Iskandar Zulfadhli Lotfe  (Kampus Puncak Alam , Selangor)
-Ahmad Haziq Mustafa(Kampus Puncak Alam , Selangor)
-Harizah Hisma (Kampus Sungai Buloh, Selangor)
-Ummu Khair Hakimah Hassan (Kampus Sungai Buloh, Selangor)

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

-Aiman Athirah Damanhuri
-Mohd Saufi Salleh

Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

-Nurul Fathonah Zaidi

Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)

-Mohd Fitrie Jamaludin

Universiti Putra Malaysia (UPM)

-Halimahtus Sa'adiah (Kampus Bintulu, Sarawak)
-Asilah Ahmad (Kampus Serdang)
-Muhd Khairi Samsudin (Kampus Serdang )
-Aina Syairah Ahmad Mazlan (Kampus Serdang )

Universiti  Perguruan Sultan Idris (UPSI)

-Nur Aina Misron (Kampus Tanjong Malim, Perak)

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

-Khairunnisa Aziding (Kampus Petaling Jaya)
-Afifah Toklubok Mamad Yaidi (Kampus Petaling Jaya)
-Hasina Lotfe (Kampus Petaling Jaya) (sehingga September)
-Lukman Achmad Johari (Kampus Petaling Jaya)
-Syarifah Mardhiah Syed Salim (Kampus Gombak)
-Abdullah Fahim Mohd Yusoff (Kampus Gombak)
-Muaz Omar (Kampus Gombak)
-Nurul Afiqah Aziz (Kampus Kuantan)
-Nur Afiqah Suhaimi (Kampus Gombak)
-Fatehannie Tukiman (Kampus Gombak)
-Muhd Afiq Arifin  (Kampus Gombak)
-Aiman Imran Azlan  (Kampus Gombak)
-Abdul Hafiz Sapuan (Kampus Gombak)
-Muzammil Al-Hajid Ahmad Nizar (Kampus Gombak)
-Na'ila Aszeme(Kampus Gombak)
-Ismahani Karim(Kampus Gombak)
-Nor Aini Sapani(Kampus Gombak)
-Nurul Izzati Jalal



Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

-Abdul Hadi Mohd
-Muhammad Amzar Asyraf Sarikal Anuar
-Khairul Zakirin Abdul Hamid
-Faiz Baharin
-Ain Sofea Badarudin
-Nor Farhana Rosli
-Nur Atikah Ahmad Nizam
-Nurul Norassikin Zainizam
-Nor Adira Shahira Shahri
-Nurul Syafinas Abdullah
-Alia Farhana Md Zaini
-Nur Maizatul Hajar Anuar
-Nur Nadhirah Johari
-Syamimi Robaie
-Aini Anisah Abd Ghafar
-Shahirah Shamsulbahrin
-Iffah Mursyidah Muhamad Fauzi
-Che Syaza Syamimi Che Jamri
-Nurul Farhanah Mansor

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

-Nurfahtiha Hashim

Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

-Muhammad Hazim Baharudin

Universiti Teknologi Petronas (UTP)

-Muhd Naim Abu
-Muhd Anwar Ibrahim

Universiti Malaysia Pahang (UMP)

-Siti Zulaikha Zainudin
-Nur Hidayah A.Rasid

Universiti Malaya (UM)

-Ahmed Hazman Ahmed Mahir
-Nur Shariza Shari
-Aisyah Shamsuddin
-Nurul Fatin Athirah Mas Fadilah

Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)

-Yumna Hasbullah

Universiti Utara Malaysia (UUM)

-Farah Dhiba Abdul Aziz
-Nor Afrina Razi
-Muhd Zulfadhli Abdullah

Madrasah Dar Musthofa,Yaman

-Mohamad Afif Haidhar Khairulaswan

University of Wollogong , Australia

-Muhammad Hafiz Nazari (mulai Februari)

Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan

-Ameerah Izzah Nordin
-Nur Syahirah Mohiadin
-Nurul Amirah Azmi
-Wan Nurul Izzah
-Nurul Farihah Suhaimi

Universiti Al-Bayt, Mafraq, Jordan

-Nur 'Ain 'Aqilah Ali
-Nur Insyirah Zaid

Jordan University of Science Technology (JUST)

-Nur Syahirah Nazar

Tanta University, Egypt

-Farah Hannani Amini Amir

Mansoura University, Egypt

-Luqman Shamsudin
-Nurul Hidayah Saiful Bahri
-Najihah Rosmi

Al-Azhar University (AFMG), Egypt

-Nur Aliah Fitrah Ismail
-Nurfatin Nasyira Tukiran
-Nur Nabilah Mohd Nor
-Norin Amalina Mahiyar

Universiti Al-Azhar, Mesir


-Muhammad Al-Fateh
-Muhammad Naem Misbah
-Muhd Afif Zamri
-Sharifah Nor Asma Aini
-Afifah Mahir
-Amirah Jumain

Alexandria University, Egypt

-Nurul Alifah Abdul Ghaffar
-Sumayyah Hanoum Omar Ariff

Universitas Yarsi, Jakarta Medic, Indonesia

-Putri Utari Azde Desrial

Islamic Centre Wadi Mubarak, Bogor, Jawa Barat

-Muhd Farhan Fitri

.........................................................................


Nota admin :

*objektif pendedahan ini  untuk mengajak kita menjadi insan 'yang ambil tahu' akan sahabat- sahabatnya (tiada niat menjaga tepi kain)

*tak lain juga supaya kita boleh saling membantu dalam urusan pelajaran atau sebarang aktiviti dakwah dan tarbiyah (contoh : ramai berkumpul satu universiti , dah boleh buat usrah bersama-sama)

*mungkin juga berkongsi kepakaran dan ilmu masing-masing pada masa hadapan ( mungkin juga mulai sekarang) #cadangan untuk memaparkan jurusan yang diambil masih dalam pertimbangan.

*moga kita saling tarik-menarik (baca: berpesan-pesan, nasihat -menasihati ) ke arah kebaikan.

*sudah pastinya banyak kesalahan nama dan tempat belajar, pihak admin memohon maaf..

*minta para sahabat untuk tidak segan-segan membuat pembetulan atau pembaharuan dari semasa ke semasa ke atas sebarang fakta sama ada tentang diri sendiri atau sahabat yang lain. (boleh komen di bawah post ini /chatbox  atau email ke ninetyfourgee@gmail.com atau facebook sahaja.-mana-mana yang mudah)

*buat sahabat yang tiada dalam senarai diminta memaklumkan keberadaan anda setelah mengetahui tempat belajar.Mohon tiada kecil hati atas kelemahan admin dan sahabat lain sebagai hamba-Nya dalam usaha menjejaki anda. (sungguh ini semua terbatas.Ayuh,bersahabat kerana Allah)

 *sebarang ketidakpuasan hati dan pencabulan hak asasi mana-mana pihak boleh disuarakan.
(democracy never die here ! : )

*sebarang cadangan , komen dan usul  pasti akan dibawa ke persidangan parlimen : P (baca : dihargai, dipertimbang ,diterima dan dilaksana biiznillah )

*Moga Allah redha usaha kita memelihara silaturrahim ini dan menjadi catatan amalan kebaikan. : D : D  : D


Thanatophobia?


*Thanatophobia = Takut mati*


'Dah bersedia untuk mati?'

Kalau soalan itu ditanya kepada anda, apa reaksi anda?

Terkejut? Terkesima? Speechless? Atau langsung tiada rasa apa-apa?

Mati.

Orang sekarang begitu skeptik dan fobia bila sebut tentang mati. keadaannya begitu digeruni sehingga jika menyebut perkataan itu umpama mendoakan kematian buat diri sendiri.

apakah?

tapi...tak kurang juga manusia yang tidak merasakan apa-apa apabila disebut tentang kematian.

"alah, aku muda lagi. belum sampai masa aku mati lagilah"

lalu Allah menjawab kepadanya, 


"Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila sampai ajal maut seseorang itu ia tidak dapat ditunda atau dipercepat, walau sesaat pun." 
[ Al-A'raf : 34 ]

Tak kesah lah orang tua ke, orang muda ke, kanak-kanak ke, atau bayi sekalipun, kalau Allah dah takdirkan dia untuk mati pada tanggal sekian sekian, di tempat sekian sekian, dalam keadaan sekian sekian...maka siapa kita untuk berkata, "eh, tunggu dulu. Aku belum bersedia untuk mati!"



'Bila kau akan bersedia?'

"Bila aku tahu aku bila aku akan mati kot"

sahabat, kalau 'mati' itu kita boleh nampak atau dia bagitahu awal-awal bila dia nak jemput kita nescaya kita akan mempersiapkan diri 'secantik' mungkin, kan? Malangnya tidak. Mati itu rahsia Allah - Tuhan yang Menghidupkan dan Mematikan kita.


"Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dialah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." [ Luqman : 34 ]


kadang-kadang saya cemburu dengan banduan di penjara yang menunggu hukuman gantung sampai mati dijalankan. sebab apa? sekurang-kurangnya mereka sudah tahu waktu untuk mereka pergi menghadap Tuhan. Sekurang-kurangnya mereka sudah boleh bertaubat dan membuat persiapan selagi ada masa berbaki.

tapi....tak kan kita nak jadi seperti mereka dulu baru kita nak ingat mati dan mempersiapkan diri?

takkan kita nak tunggu kehilangan orang yang kita sayang baru kita nak kembali kepada-Nya??





'Baiklah, apa persediaan kau untuk mati nanti?'

"Persediaan? entah. tak fikir lagi."

langkah pertama untuk bersedia ialah selalu beringat - ingat mati. Rasulullah s.a.w menyarankan kita untuk mengingati mati sekurang-kurangnya 20 kali sehari. ya, 20 kali! nak ingat sekali pun susah kan? sebab apa? sebab kita lupa kita hidup untuk mati.

Langkah seterusnya, muhasabah diri sendiri. Kalau rasa ada kelompongan dalam diri, isilah kelompongan tersebut. Baiki amalan yang kita buat bagai lepaskan batuk di tangga selama ini. Jangan pernah rasa cukup dengan ibadah yang kita ada. Kerana kita tak tahu, amalan kita yang mana diterima Allah.

Sedangkan Nabi yang dijamin syurga pun menangis bersungguh-sungguh di depan Allah, inikan pula kita hambaNya yang daif lagi hina dina ni..

Cara lain bagi mengingati mati ialah dengan menziarahi orang sakit, orang meninggal, baca Al-Quran (kerana banyak ayat tentang kematian disebut di dalamnya), mendampingi para ulama', ikuti majlis ilmu dan juga beristighfar sebanyak-banyakknya.

Insyaallah, orang yang sudah bersedia tidak akan berasa takut dengan kematian.


'Bagaimana andai kau mati esok?'

"Semoga Allah terima taubat dan ibadah aku selama aku hidup ini."

ya, ibadah yang dilakukan bersungguh-sungguh. tak lain tak bukan untuk mengharap redha dan keampunan Allah semata-mata. Ibadah yang dapat menyelamatkan kita daripada azab kubur, azab akhirat dan tentunya azab Neraka.

Kerana, tatkala nyawa kita ditarik keluar daripada jasad, pada waktu itu tiada guna lagi taubat kita. Harta yang kita sayang, manusia yang kita cinta, jawatan yang kita puja dan keseronokan yang kita nikmat semuanya meninggalkan kita. Waktu itu, kita akan bersendirian. Entah melalui rehat yang panjang atau seksa yang tak berkesudahan.


Ramadhan ini, mungkinkah Ramadhan terakhir kita?

Hiduplah sebagai mana yang kau sukai tetapi ingat bahawasanya engkau akan mati , cintailah pada sesiapa yang engkau kasihi tetapi jangan lupa bahawasanya engkau akan berpisah dengannya dan buatlah apa yang engkau kehendaki tetapi ketahuilah bahawasanya engkau akan menerima balasan yang setimpal dengannya. (Imam Al-Ghazali)

July 20, 2013

Tak Kenal Maka Ta'aruf !

Kini anda dalam segmen Teka-teki. 
Anda di minta meneka nama individu-individu yang ditunjukkan di bawah dengan tepat dalam masa yang ditetapkan.
 Bantuan luar - seperti bertanya orang sebelah, whatsapp kawan anda, mahupun bertanya kepada En. Google - tidak dibenarkan sama sekali.

ada berani?? jadi...adakah anda sudah bersedia?

*yeahhhhhh...!!* 
(tulisan berwarna merah merujuk kepada pembaca. ya, andalah)


Soalan Satu
Namakan kesemua individu berikut dalam masa 3 saat sahaja, tanpa perlu scroll jawapan di bawah terlebih dahulu. 


satu...

dua...

tiga...

jawapan dah ada dalam kepala? sila semak jawapan anda di bawah:

1. Aaron Aziz
2. Johnny Depp
3. Lee Min Ho
4. Jet Li
5. Syahid Kapoor 

anda berjaya jawab kesemuanya dengan betul? yeay, bravo! *tepuk tangan*

*heh, soalan ni semua orang pun boleh jawab...* 
anda pasti? baiklah, kita tengok soalan kedua pulak. 


Soalan Kedua
sila sebut nama kelima-lima individu di bawah dalam masa 5 saat.


satu....dua.....tiga...empat....lima...

time's up!

Dah ada jawapan? Jom semak betul atau tidak :

1. John Abraham
2. Kwon Sang-woo
3. Matsumoto Jun
4. Channing Tatum
5. Mario Maurer

so far, macam mana? boleh jawab? Kalau tak boleh teka nama sekalipun, mesti anda boleh bayangkan dia berlakon cerita apa. tak pun paling kurang, tau lah jugak dia tu pelakon daripada negara mana, kan kan? 
*angguk laju-laju*

tahniah saya ucapkan kepada anda semua. tapi jangan seronok sangat. teka-teki belum habis lagi.

*kejap jap....kenapa tunjuk gambar-gambar artis ni? sekarang ni kan bulan Ramadhan...*

say what...?? oh, gambar artis tak boleh tengok masa bulan Ramadhan je ke, abang kakak sekalian?
*zap..zap...tampar muka sendiri*

baiklah, kalau macam tu kita cuba soalan lain pulak. yelah, bersesuaian sikit dengan bulan Ramadhan ni...


Soalan Ketiga
Sila nyatakan nama individu-individu berikut dengan tepat dan yakin dalam masa 10 saat. sekejap sangat? okeylah, seminit. ingat, bantuan daripada luar tidak dibenarkan sama sekali.


Tempoh seminit telah tamat. Anda berjaya menemui jawapannya?
 *angguk geleng-geleng*

eh, kenapa pulak? ambpi...tadi laju je boleh jawab semua. takkan tukar soalan sikit je dah tak boleh jawab kot? tak dapat teka semua seorang dua pun cukuplah...

jadi, dah nampak permainannya di situ?

*mata ke atas, mulut muncung ke bawah*

ok ok...tak payah susah susah tanya Pak Cik Google jawapannya kerana saya dengan baik hati akan memberikan jawapan kepada anda. ehhe...


1. As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin
Nama sebenar : Ahmed Ismail Hassan Yassin
Asal : Palestin
Hayat : 1937-2004
Tentang beliau : menjadi Amir pertama bagi Hamas dan menyertai gerakan Ikhwanul Muslimin ketika menuntut di Mesir. Walaupun lumpuh dan berkerusi roda, ia tidak dijadikan penghalang untuk menjadi pejuang kepada Islam di tanah airnya.

Saya punya firasat akan segera mendapatkan kesyahidan dan memang itulah yang saya minta. Saya hanya mencari akhirat, bukan dunia”


2. Imam Hassan al-Banna
Nama sebenar : Hasan Ahmed Abdel Rahman Muhammed al-Banna
Asal : Mesir
Tempoh hayat : 1906-1949
Tentang beliau : menyediakan satu asas Gerakan Islam (Harakah Islamiyyah) yang kukuh berpandukan kepada sirah perjuangan Rasulullah SAW, yang kini menjadi contoh kepada Gerakan Islam hampir di 70 negara di seluruh dunia pada hari ini.

"Pengalaman dahulu dan sekarang membuktikan bahawa tiada kebaikan melainkan jalan kamu yang baik, tiada hasil melainkan bersama perancangan kamu yang baik dan tiada kebenaran melainkan dalam apa yang kamu lakukan dengan baik."



3. Sheikh Muhammad Abduh
Nama sebenar : Muhammad bin Abduh bin Hasan Khairullah
Asal : Mesir
Tempoh hayat : 1849-1905
Tentang beliau : seorang tokoh ilmuan. membawa idea-idea baru yang mengubah pandangan orang terhadap Islam, mengambil inspirasi daripada Gerakan Islah. Pernah menjadi Mufti Mesir.


4. Ahmed Deedat
Nama sebenar : Ahmed Hoosen Deedat
Asal : India
Tempoh hayat : 1918-2005
Tentang beliau : penulis dan pemidato yang hebat. Buku karangan beliau yang terkenal ialah 'The Choice between Islam and Christianity'. penulisan dan perdebatan beliau telah berjaya menyebarkan dakwah Islam ke serata dunia.


5. Sheikh Fathi Yakan
Nama sebenar : Fathi Yakan
Asal : Lubnan
Tempoh hayat : 1933-2009
Tentang beliau : aktivis Islam yang memberi sumbangan besar kepada Islam melalui penulisan-penulisannya. antara buku yang terkenal, 'maza ya'ni intimai Ila Islam' (Apakah Ertinya saya menganut agama Islam)

Pemuda ialah sebuah tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam. Tetapi orang lain telah mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia. Sesungguhnya manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda dan pemudi tetapi mereka ini hanyalah kosong, hanyut dan terbiar.”


so...macam mana? nak cuba lagi?

*itu kan ulama-ulama dan pejuang Islam yang sudah meninggal dunia. Mestilah aku tak sempat kenal mereka*

Oh ye? baiklah. Last chance. sila jawab soalan terakhir ni.

Soalan Keempat
Sebutkan nama tokoh-tokoh Islam yang berikut. Tiada tempoh masa diberikan.



Got the answer? confirm dengan jawapan yang ada dalam kepala? ok, let's check it out here :




keempat-empat tokoh ini masih hidup. Kalau 'mati' itu menjadi alasan kita tak mampu mengenali tokoh-tokoh Islam, cuba fikir balik. Buku-buku, idea-idea dan fikrah-fikrah mereka masih hidup sehingga hari ini tapi kita langsung atau jarang ambil peduli. 

Kadang-kadang kita termalu sendiri, kenapa artis kita boleh kenal dan cam hanya sekali pandang sedangkan ulama' dan tokoh Islam menjadi orang asing dalam hidup kita. 

siapa sebenarnya yang wajar dijadikan idola, yang disanjung lagi diteladani?

Rasulullah yang utama. Diikuti dengan para sahabat, tabi' dan tabi' wa tabiin..

tokoh yang saya tunjukkan di sini cuma sedikit daripada bilangan yang ada atas muka bumi ini - baik yang hidup atau yang sudah meninggal dunia. sejujurnya, kalau soalan yang sama ditanya kepada saya, saya juga tak mampu nak jawab kesemuanya dengan tepat. tapi itu bukan bermakna kita perlu terus mendiamkan diri. 

Tapi, kepada anda yang berjaya meneka kesemuanya dengan betul, yakin lagi mantap, Alhamdulillah... mungkin boleh tuntut hadiah daripada saya selepas ini. tapi mesti jujurlah.

*kalau tak boleh jawab kena buat apa?*

jadi, kena kenallah! 

*Tak kenal, maka tak....cinta, kan?*

bukan..

Tak kenal maka Ta'aruf, lah!

^________^

July 15, 2013

#V4 Ramadan Hype! (Ready for Ramadan Series)



Yeah, already 6 days in Ramadhan! Alhamdulillah.
Pray for  His blessing..
Praise Him ! Alhamdulillah we are  accepted to meet the best month of the year
and feeling lucky for having this rare opportunity.Pray for coming Ramadhan will be ours!
This post is not welcoming Ramadhan again.We had posted that.
This post is like giving  you vaccination ,so that ensure you to keep health for the whole Ramadhan.


We are allowed to make niyyah(Intentions ) to fast for Ramadhan only at the beginning of Ramadhan.But ulama' encourage us to make it every single day.



It seem hard for some peoples to wake up early for sahur. You may try this method!
Actually , we  can make an intention for Qiyamullail instead of wake up only for sahur.Insha-Allah we will get both rewards for sahur blessing and qiyamullail
~ Has been told by Habib Syeikh Abdul Kadir Al-Joofrey during Daurah Firasy~

Our beloved prophet Muhammad sallallahu'alaihiwassalam advised:


at least you have this .


And dates suddenly become popular during Ramadhan. Many of us set up a business to sell dates, so then, they are able to celebrate special eid.I know some of you are not really interested for having dates during Iftar.But friend, take it even a pinch of it .This is one of simplest sunnah to do.Let's do it.



Since we know that fasting is a special duty prescribed by Allah, do manage ourselves to avoid any sins that may spoil our record of fasting with Allah.So we need hardlyget  through great length  in making sure we are on our best behaviour.Examples, lowering gaze, only speak the truth, read Quran as much as we can and do not interfere others who make 'Ghibah'  , stay on fasting even in hot days.





Lot of good deeds to do and be the best servant of Him as long as we are still healthy and young.Don't forget  Pray to Allah to help us doing charity and ibadah if one day we are not fit enough to do the kindness.
amin ya robb.


It is true Allah loves old peoples who did ibadah,
but He love more young peoples who struggle perform  the ibadah .


Don't wait for a minute! 
Finish the Ramadhan missions and let's grab the Al-qadr Night! 
Please also remember to make Dua for all our Muslim brothers and sisters facing difficulty around the world. (special to palestine, egypt,Syria, Rohingya, of course Malaysia.)
Iftaar time is the best time for your Dua's to be accepted. 

Don't count how many different savouries & cakes are on the table, 
but count your blessings for all the favours Allah'Tala has given you 
and think how the destitute are struggling around the world tonight and every night but we sadly engrossed in luxury.How bad right? Ramadhan Kareem friends!



 

Ahli Kelas Aktif

Borak-borak kosong

 
Back To Top