Pages

Blogger templates

Allah says : 'Remember Me, I will remember you' (Al-Baqarah : 152)

November 21, 2013

INTERESTING UNIVERSITY EVENT FOR (END OF 2013)

 MAJLIS ILMU DI UNIVERSITI SELURUH MALAYSIA


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)


UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)


UNIVERSITI MALAYA (UM)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)




November 03, 2013

Think out of box (Fikir luar kotak)

Suatu hari pensyarah saya memberikan satu teka-teki.Kami memanggil beliau Dr Syeikh (sebutan Dr.Syed).Sememangnya dia bukanlah angkasawan negara,Dr Syeikh Muszaphar Shukor, namun saya cukup selesa dengan sesi pembelajaran beliau.Kandungan isi kuliah yang padat, penyampaian bersahaja cukup untuk saya memberikan bintang 9/10 kerana respon yang beliau terima cukup baik daripada pelajar walaupun kuliah beliau adalah selepas Asar !!!


Suatu hari beliau bercerita tentang sebuah kilang sabun.................



Kilang sabun ini mengeluarkan puluhan ribu kotak sabun setiap hari.Barangkali saja kerana permintaan yang tinggi terhadap produk sabun tersebut.Namun satu masalah yang dihadapi oleh kilang ini ialah: Bagaimana untuk mereka memastikan bahawan kotak sabun yang telah siap diproses benar-benar berisi sabun di dalamnya dan bukanlah kotak sabun kosong tanpa berisi sabun pun di dalamnya.

Maklum sahajalah, kilang sabun ini cukup menjaga kualiti perkhidmatan mereka dan sama sekali tidak mahu menipu pelanggan.Kilang yang beroperasi berdasarkan khidmat mesin perkilangan sahaja pasti memungkinkan kotak sabun yang kosong tidak berisi kerana mesin tetap hanyalah mesin !!!

Jadi, Dr Syeikh bertanya kepada 200 pelajar jurusan Sains di hadapannya(iaitu kami) :

"Sebagai seorang saintis bagaimana kamu akan menyelesaikan masalah ini (untuk memastikan bahawa tiada kotak sabun yang kosong) dengan cara yang paling mudah dan murah ???"

Dr. Syeikh memberikan kami masa seminggu kerana jawapan yang kami beri pada masa itu tak diterima beliau.Antara jawapan yang kami beri :


"Kita buat satu mesin ataupun kita cipta robot,yang akan dapat 'scan' kandungan kotak sabun tu.Kalau kosong dia akan berbunyi."

Dr Syeikh tidak bersetuju kerana penciptaan sebuah mesin atau robot menjanjikan kos yang tinggi.

"Kita letakkan tenaga pekerja manusia sendiri untuk 'check' semua setiap kotak supaya semua betul-betul ada isi."

Dr Syeikh juga tidak bersetuju kerana pekerja yang diperlukan tetap ramai untuk memeriksa puluhan ribu kotak sabun sehari.Apatah lagi, cara ini kurang efektif kerana manusia juga boleh jadi culas bekerja dan tetap terlepas barangkali sekotak dua kotak sabun yang kosong.

"Kilang tu tak perlu lagi letak sabun dalam kotak.Gunakan pembungkusan yang baru seperti botol ."

Dr Syeikh masih menolak jawapan ini atas alasan, bagaimana kalau pembungkusan sabun dalam kotak itu adalah permintaan pelanggan?

macam ni ka yang hangpa dok habaq tuh ?

"kita bungkus pakai kotak lutsinar!"

Dr Syeikh tetap menggeleng.Operasi menggunakan mesin sangat laju.Kotak yang siap diproses akan terus jatuh ke dalam bakul atau kotak untuk dipasarkan.Mekanisme kawalan lain tetap diperlukan untuk memeriksa kotak yang kosong sekalipun ianya lutsinar !

apapun tak betul.Jadi muka kami jadi cengghini:


Setelah seminggu barulah seorang daripada kami memberikan jawapan yang betul : )
Apa jawapannya.Ya, gunakan kipas !

Penggunaan kipas cukup murah dan amat mudah.Kipas akan menerbangkan kotak kosong dan terasing dengan kotak yang berisi !

Dr.Syeikh senyum dan berkata ."Kamu tahu , saintis tidak tahu menyelesaikan masalah sekecil ini dengan kaedah yang paling mudah.Are you sure to be a scientist ?"

Everyone laughed ...

walaupun nampak macam remote game dan kuih lapis/agar-agar.Sebenarnya kedua-dua di atas ialah sabun!


Seluruh dunia bermasalah mencari tempat meletakkan kereta.
Ramai saintis dunia bekerja keras mencipta pelbagai teknologi untuk menyelesaikan masalah ini.
Kalau anda tak percaya sila ke YouTube dan taip "solve parking problem".

Dan orang korea cukup pandai menyelesaikan masalah meletakkan tempat letak kereta ini dengan hanya menggunakan belon !!! Eh, mungkin sebab mereka ada banyak 'orang berlari'.Jadi mereka laju sikit : P


Sumber : UM Lecture of Introduction to Science and Technology,2013 September.Dr Sh.Mohd Saifuddeen Sh.Mohd Salleh
 

Ahli Kelas Aktif

Borak-borak kosong

 
Back To Top