Pages

Blogger templates

Allah says : 'Remember Me, I will remember you' (Al-Baqarah : 152)

August 14, 2013

PM Norway bawa teksi? Kita rindukan Khalifah Umar

Assalamualaikum...

Heboh seluruh dunia ! berbuih kedai kopi segenap benua bercerita...
apa yang hottt sangat tu???


berita :

OSLO, Norway - Perdana Menteri Norway, Jens Stoltenberg (gambar) melakukan kejutan dengan dengan menyamar sebagai seorang pemandu teksi petang kelmarin



ya , Jens Stoltenberg (mesti Mak Jemah pronounce as 'Jin sotong burger ) : P  ...
ya , Jens Stoltenberg melakukan semua ini untuk mengetahui pandangan rakyat akan pentadbirannya.
Rakyat yang menaiki teksi pula tidak dikenakan bayaran. : )

Seluruh dunia bertepuk tangan,memercikkan bunga api (oh, aidilfitri) memuji tindakan beliau yang sangat luar biasa dan mengagumkan.Bak kata Jimmy di London 'It is sooo amaaaazinggg!'

eh, (baca untuk Jimmy : Excuse me), ini bukan yang pertama dalam dunia !

lebih 1000 tahun yang lalu (sila tukar imaginasi dalam mood sephia ,ni nak gi flashback !)

Sirah menjadi saksi, apabila Khalifah Umar Al-Khattab pernah menyamar untuk mengetahui keadaan rakyatnya di mana kisah khalifah Umar pernah menemui seorang nenek.Nenek tak puas hati dengan pemerintahan khalifah Umar.Khalifah Umar menangis dan mohon maaf akan kezalimannya. Allahuakbar!

cerita penuh akan dihidangkan bersama kuih tart nanas di bawah.

*********

Kitab sejarah Melayu juga telah menukilkan kisah bagaimana Sultan Alauddin Riayat Shah iaitu pemerintah Melaka (hangpa pi check buku sejarah sat) pernah menyamar sebagai orang biasa pada waktu malam untuk menyiasat kes kecurian. Ini pemimpin Islam saat Melaka digelar serambi Mekah!

*********

Perlahan-lahan kita terasa ada rindu.Rindu pada khalifah Islam.Merindui kerendahan hati dan kesungguhannya menjadi pelindung rakyat. : "" ) moga Allah rahmati.

*********
baca sirah sambil tart di gigi.


Khalifah Umar Al-Khattab Dengan Nenek Tua

Pada suatu hari Khalifah Umar Al-Khatab baru saja pulang dari melawat negeri Syria. Seperti biasa Saidina Umar akan berjalan-jalan dan meninjau sekitar kawasan untuk melihat keadaan rakyat jelata untuk mengetahui sendiri akan penderitaan mereka. Pada kali ini Saidina Umar menuju ke sebuah pondok buruk yang didiami oleh seorang nenek tua.

Saidina Umar pergi ke rumah nenek tersebut dengan menyamar sebagai orang biasa. Sudah menjadi kebiasaan kepada Khalifah Umar menyamar menjadi orang awam kerana beliau ingin melihat sendiri akan penderitaan yang di alami oleh rakyatnya dan ingin mendapat maklumat atau pandangan rakyat terhadapnya. 

Apabila tiba di rumah nenek tersebut Khalifah memberi salam dan berkata. "Adakah nenek mendengar apa-apa berita tentang Umar?". jawab nenek tua itu "Khabarnya Umar baru sahaja pulang dari Syria dengan selamat". Kata khalifah lagi "Bagaimana pendapat nenek tentang khalifah kita itu". Jawab nenek "Semoga Allah tidak memberi ganjaran baik kepadanya". Umar bertanya lagi " Mengapa nenek berkata begitu?".

Jawab nenek "Ia sangat jauh dari rakyatnya. Semenjak menjadi khalifah dia belum pernah menjenguk pondok aku ini apatah lagi memberi wang"

Jawab Umar "Bagaimana mungkin dia dapat mengetahui keadaan nenek sedangkan tempat ini jauh terpencil" Nenek mengeluh dan berkata "Subhanallah! tidak mungkin seorang khalifah tidak mengetahui akan keadaan rakyatnya walau dimana mereka berada".

Mendengar kata-kata tadi Khalifah Umar tersentak lalu berkata didalam hatinya "Celakalah aku kerana semua orang dan nenek ini pun mengetahui perihal diriku".

 Saidina Umar menyesal sambil menitiskan air mata. Saidina Umar berkata lagi "Wahai nenek, berapakah kamu hendak menjual kezaliman Umar terhadap nenek?. Saya kasihan kalau Umar mati nanti akan masuk neraka. Itu pun kalau nenek mahu menjualnya"

Kata nenek "Jangan engkau bergurau dengan aku yang sudah tua ini".

Sambung Umar lagi "Saya tidak bergurau, saya betul-betul ni nek, berapakah nenek akan menjualnya. Saya akan menebus dosanya, mahukah nenek menerima wang sebayak 25 dinar sebagai harga kezalimanya terhadap nenek" sambil menyerahkan wang tersebut kepada nenek.

"Terima kasih nak, baik benar budi mu" kata nenek sambil mengambil wang tersebut.

Sementara itu Saidina Ali Abu Talib bersama Abdullah bin Mas'ud lalu di kawasan itu. Melihat Khalifah Umar berada disitu, mereka pun memberi salam. "Assalamualaikum ya Amirul Mukminin". mendengar ucapan tersebut, tahulah nenek bahawa tetamu yang bercakap denganya sebentar tadi adalah Khalifah Umar Al-Khatab. Dengan perasaan takut dan gementar nenek berkata "Masya Allah, celakalah aku dan ampunlah nenek diatas kelancangan nenek tadi ya Amirul Mukminin. Nenek telah memaki Khalifah Umar dihadapan tuan sendiri".

 Rantapan nenek telah menyedarkan Saidina Umar.
"Tak mengapakah nek, mudah-mudah Allah memberi restu kepada nenek" kata Saidina Umar. Ketika itu juga Khalifah Umar telah membuka bajunya dan menulis keterangan berikut diatas bajunya.
"Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan ini Umar telah menebus dosanya atas kezalimannya terhadap seorang nenek yang merasa dirinya dizalimi oleh Umar, semenjak menjadi khalifah sehingga ditebusnya dosa itu dengan 25 dinar. Dengan ini jika perempuan itu mendakwa Umar di hari Mahsyar, maka Umar sudah bebas dan tidak bersangkut paut lagi".

Pernyataan tersebut ditandatangani oleh Saidina Ali bin Abu Talib dan di saksikan oleh Abdullah bin Mas'ud. Baju tersebut diserahkan kepada Abdullah bin Mas'ud serya berkata "Simpahlah baju ini dan jika aku mati masukkan kedalam kain kafanku untuk dibawa mengadap Allah Subhanahu Wataala nanti".


pesan admin : Kuih tart tak abis makan , simpan balik dalam bekas ,nanti semut datang susah..
Baca sirah, cari ibrah (lesson/moral of the story ) kalau tak faham, cari ulama',kalau tak takut 'semut'.....

sumber :Kosmo online
            ,Annah tart collection,
             sirah khalifah

August 05, 2013

Hadiah Untuk Pemenang!

(gambar hiasan)





masing-masing pasti tengah countdown detik ke 1 Syawal selepas berbuka pada hari terakhir berpuasa tahun ini. kalau diikutkan ramalan oleh orang yang memang ahlinya dan telah termaktub di dalam kalendar Malaysia, kita akan berhari raya pada hari khamis ini tanggal 8/8/13..

4 hari lagi akan menjengah ke Syawal..

3 hari sahaja lagi Ramadhan yang masih berbaki.

Apa perasaan anda ketika ini?

TERUJA! yeay...raya dah nak dekat! masa untuk bersuka ria...

SEDIH...kerana akan meninggalkan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

TIADA PERASAAN...raya tak raya sama saja. lepas ni ada exam pulak.

apa pun perasaan anda, itu hak masing-masing. tiada yang bersalah dalam hal ini.

cuma ada beberapa persepsi yang perlu kita betulkan tentang Syawal dan Ramadhan ini.



Ramadhan yang bakal pergi...

Ramadhan ialah bulan yang dijanjikan dengan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda bagi setiap amal ibadah. Syaitan dirantai di dalam Neraka. Pintu Syurga dibuka seluas-luasnya sementara pintu Neraka tertutup rapat buat kita manusia beriman. itu, semua orang tahu.

Ironinya, berapa ramai dalam kalangan kita ini antara sedar atau tidak telah menjadi 'hamba' kepada Ramadhan. setiap amalan baik yang dilakukan semata-mata untuk memenuhi tuntutan bulan mulia ini. perkara ini bukan tak baik, tapi selayaknya kita perbetulkan semula niat dan amalan kita. segala sesuatu hendaklah dikembalikan kepada Allah jua akhirnya. Dialah yang akan menerima setiap amalan kita, bukan bulan Ramadhan dan bukan manusia lain. 

Amalan-amalan pada bulan Ramadhan tidak seharusnya bersifat 'limited edition' untuk bulan ini sahaja, sebaliknya amalan baik sebegini wajar diteruskan pada bulan-bulan seterusnya. Kalau kita tidak memperhambakan diri pada bulan ini, insyaallah kita mampu teruskan ibadah pada bulan-bulan lain...




Syawal yang melambai-lambai bakal tiba...

pemergian Ramadhan diganti dengan kehadiran Syawal. Ramadhan yang pergi bukanlah sesuatu yang perlu kita tangisi apatah lagi kesali. sebaliknya, kita harus bersyukur kerana diberi peluang merasai bulan Ramadhan ini sedangkan ada manusia yang tidak merasa nikmat bulan ini pada tahun ini. Tahun depan, kita tidak tahu andai peluang ini akan hadir lagi buat diri kita..

'Eid is a symbol of victory'

Syawal adalah untuk hadiah bagi peserta-peserta Ramadhan. bagaimana untuk menjadi pemenangnya? mudah saja syarat-syaratnya :

1. gunakan Ramadhan selama 29/30 hari ini dengan sebaiknya
2. berusaha mengejar Lailatul Qadr (walaupun mungkin tak jumpa dengannya)
3. beriltizam untuk istiqamah amalan baik pada bulan-bulan berikutnya
4. melakukan perubahan diri ke arah lebih baik pada bulan Ramadhan

jika anda pemenangnya, maka berikut merupakan hadiah yang bakal anda menangi :

1. berhari raya bersama insan yang disayangi (sama ada jauh ataupun dekat)
2. mendapat ketenangan dan kebahagiaan pada 1 Syawal
3. perayaan disambut dengan sederhana tapi mencukupi
4. lahir sebagai individu baru yang osem lagi hebat (in a good way)
5. teruja menanti Ramadhan berikutnya


anda akan jadi superpower jika mampu teruskan dengan puasa sunat 6 hari pada bulan Syawal serta puasa-puasa sunat yang lain...oh ya, qiamullail pun lagi best kalau boleh buat selalu...


so, are you the one who deserve it?

August 03, 2013

IBRAH SURAH YUSUF BERSAMA USTAZ HASRIZAL


P/S -Selama dok hafal citer nabi yusuf, faham tak apa maksud di sebalik sirah ! Mari datang ke Taman Syurga !

PENGENALAN SEMINAR

Tujuan utama Surah Yusuf adalah pemberitahuan kepada kita semua bahawa aturan Allah ta’ala terhadap segala urusan berbeza dengan pandangan manusia yang kerdil.

Semua peristiwa yang terdapat dalam Surah Yusuf sungguh menghairankan, semuanya terjadi berlawan dengan kewajaran.

Melalui kisah Yusuf ‘alaihissalam ini, Allah subhanahu wata’ala memberitahukan kepada kita bahawa Dialah yang mengatur segala urusan.

Diakhir seminar peserta akan memperoleh:

Untuk mendapatkan kejayaan dalam hidup, pertama sekali kita harus bertaqwa dan bertawakal sepenuhnya kepada Allah.
Kesabaran yang diperlukan adalah kesabaran yang bersifat konstruksif.
Mengambil faedah dari setiap kesempatan yang hadir, tidak menunggu-nunggu kesempatan dan tidak pernah menyia-nyiakan kesempatan sekecil apa pun.
Sekolah Yusuf menghasilkan individu cemerlang.
KANDUNGAN

Antara Cabaran dan Saranan.
Pengkisahan Yusuf ‘alaihissalam.
Yusuf Mendepani Konspirasi Adik Beradik.
Manifestasi Jenayah.
Permulaan Hidup Hamba.
Menangkis Godaan.
Dibius Cinta.
Harga Sebuah Diri.
Mengambil Peluang.
Kesenangan Selepas Kesusahan.
Antara Ikhtiar & Tawakal
PENYAMPAI:

Ustaz Hasrizal Abd Jamil
MASA:

21- 22 September 2013.

Sabtu –ahad.

9.00 pagi – 5.00 petang.

LOKASI

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

YURAN

Pendaftaran awal: RM 120.00

Pendaftaran selepas 10 September: RM 150.00

(Makanan tidak disediakan)

Pembayaran dibuat kepada: AS LIFE MANAGEMENT. Maybank- 5622 6350 4694

Bukti pembayaran:-

E-mail bukti pembayaran ke info@akademisinergi.com, atau
Whats App kepada: 012 223 4947


Borang Pendaftaran, sila klik link berikut: DAFTAR

PERHATIAN :

Jika peserta ingin menarik diri:-
i) Boleh mencari pengganti dan memaklumkan kepada kami seminggu sebelum seminar, atau,
ii) Bayaran akan dibawa ke program Akademi Sinergi yang seterusnya.
ii) Tidak hadir / menarik diri dalam tempoh seminggu sebelum program (17 Sept- 20 Sept), bayaran tidak akan dikembalikan atas sebab kos penganjuran program telah dikeluarkan.



Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi:-

Ariff Jauhar Iskandar- 012 223 4947

Qayyum- 012 223 0782

DAFTAR >>http://akademisinergi.com/v2/pendaftaran-seminar-ibrah-surah-yusuf/

 

Ahli Kelas Aktif

Borak-borak kosong

 
Back To Top