Pages

Blogger templates

Allah says : 'Remember Me, I will remember you' (Al-Baqarah : 152)

August 14, 2013

PM Norway bawa teksi? Kita rindukan Khalifah Umar

Assalamualaikum...

Heboh seluruh dunia ! berbuih kedai kopi segenap benua bercerita...
apa yang hottt sangat tu???


berita :

OSLO, Norway - Perdana Menteri Norway, Jens Stoltenberg (gambar) melakukan kejutan dengan dengan menyamar sebagai seorang pemandu teksi petang kelmarin



ya , Jens Stoltenberg (mesti Mak Jemah pronounce as 'Jin sotong burger ) : P  ...
ya , Jens Stoltenberg melakukan semua ini untuk mengetahui pandangan rakyat akan pentadbirannya.
Rakyat yang menaiki teksi pula tidak dikenakan bayaran. : )

Seluruh dunia bertepuk tangan,memercikkan bunga api (oh, aidilfitri) memuji tindakan beliau yang sangat luar biasa dan mengagumkan.Bak kata Jimmy di London 'It is sooo amaaaazinggg!'

eh, (baca untuk Jimmy : Excuse me), ini bukan yang pertama dalam dunia !

lebih 1000 tahun yang lalu (sila tukar imaginasi dalam mood sephia ,ni nak gi flashback !)

Sirah menjadi saksi, apabila Khalifah Umar Al-Khattab pernah menyamar untuk mengetahui keadaan rakyatnya di mana kisah khalifah Umar pernah menemui seorang nenek.Nenek tak puas hati dengan pemerintahan khalifah Umar.Khalifah Umar menangis dan mohon maaf akan kezalimannya. Allahuakbar!

cerita penuh akan dihidangkan bersama kuih tart nanas di bawah.

*********

Kitab sejarah Melayu juga telah menukilkan kisah bagaimana Sultan Alauddin Riayat Shah iaitu pemerintah Melaka (hangpa pi check buku sejarah sat) pernah menyamar sebagai orang biasa pada waktu malam untuk menyiasat kes kecurian. Ini pemimpin Islam saat Melaka digelar serambi Mekah!

*********

Perlahan-lahan kita terasa ada rindu.Rindu pada khalifah Islam.Merindui kerendahan hati dan kesungguhannya menjadi pelindung rakyat. : "" ) moga Allah rahmati.

*********
baca sirah sambil tart di gigi.


Khalifah Umar Al-Khattab Dengan Nenek Tua

Pada suatu hari Khalifah Umar Al-Khatab baru saja pulang dari melawat negeri Syria. Seperti biasa Saidina Umar akan berjalan-jalan dan meninjau sekitar kawasan untuk melihat keadaan rakyat jelata untuk mengetahui sendiri akan penderitaan mereka. Pada kali ini Saidina Umar menuju ke sebuah pondok buruk yang didiami oleh seorang nenek tua.

Saidina Umar pergi ke rumah nenek tersebut dengan menyamar sebagai orang biasa. Sudah menjadi kebiasaan kepada Khalifah Umar menyamar menjadi orang awam kerana beliau ingin melihat sendiri akan penderitaan yang di alami oleh rakyatnya dan ingin mendapat maklumat atau pandangan rakyat terhadapnya. 

Apabila tiba di rumah nenek tersebut Khalifah memberi salam dan berkata. "Adakah nenek mendengar apa-apa berita tentang Umar?". jawab nenek tua itu "Khabarnya Umar baru sahaja pulang dari Syria dengan selamat". Kata khalifah lagi "Bagaimana pendapat nenek tentang khalifah kita itu". Jawab nenek "Semoga Allah tidak memberi ganjaran baik kepadanya". Umar bertanya lagi " Mengapa nenek berkata begitu?".

Jawab nenek "Ia sangat jauh dari rakyatnya. Semenjak menjadi khalifah dia belum pernah menjenguk pondok aku ini apatah lagi memberi wang"

Jawab Umar "Bagaimana mungkin dia dapat mengetahui keadaan nenek sedangkan tempat ini jauh terpencil" Nenek mengeluh dan berkata "Subhanallah! tidak mungkin seorang khalifah tidak mengetahui akan keadaan rakyatnya walau dimana mereka berada".

Mendengar kata-kata tadi Khalifah Umar tersentak lalu berkata didalam hatinya "Celakalah aku kerana semua orang dan nenek ini pun mengetahui perihal diriku".

 Saidina Umar menyesal sambil menitiskan air mata. Saidina Umar berkata lagi "Wahai nenek, berapakah kamu hendak menjual kezaliman Umar terhadap nenek?. Saya kasihan kalau Umar mati nanti akan masuk neraka. Itu pun kalau nenek mahu menjualnya"

Kata nenek "Jangan engkau bergurau dengan aku yang sudah tua ini".

Sambung Umar lagi "Saya tidak bergurau, saya betul-betul ni nek, berapakah nenek akan menjualnya. Saya akan menebus dosanya, mahukah nenek menerima wang sebayak 25 dinar sebagai harga kezalimanya terhadap nenek" sambil menyerahkan wang tersebut kepada nenek.

"Terima kasih nak, baik benar budi mu" kata nenek sambil mengambil wang tersebut.

Sementara itu Saidina Ali Abu Talib bersama Abdullah bin Mas'ud lalu di kawasan itu. Melihat Khalifah Umar berada disitu, mereka pun memberi salam. "Assalamualaikum ya Amirul Mukminin". mendengar ucapan tersebut, tahulah nenek bahawa tetamu yang bercakap denganya sebentar tadi adalah Khalifah Umar Al-Khatab. Dengan perasaan takut dan gementar nenek berkata "Masya Allah, celakalah aku dan ampunlah nenek diatas kelancangan nenek tadi ya Amirul Mukminin. Nenek telah memaki Khalifah Umar dihadapan tuan sendiri".

 Rantapan nenek telah menyedarkan Saidina Umar.
"Tak mengapakah nek, mudah-mudah Allah memberi restu kepada nenek" kata Saidina Umar. Ketika itu juga Khalifah Umar telah membuka bajunya dan menulis keterangan berikut diatas bajunya.
"Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan ini Umar telah menebus dosanya atas kezalimannya terhadap seorang nenek yang merasa dirinya dizalimi oleh Umar, semenjak menjadi khalifah sehingga ditebusnya dosa itu dengan 25 dinar. Dengan ini jika perempuan itu mendakwa Umar di hari Mahsyar, maka Umar sudah bebas dan tidak bersangkut paut lagi".

Pernyataan tersebut ditandatangani oleh Saidina Ali bin Abu Talib dan di saksikan oleh Abdullah bin Mas'ud. Baju tersebut diserahkan kepada Abdullah bin Mas'ud serya berkata "Simpahlah baju ini dan jika aku mati masukkan kedalam kain kafanku untuk dibawa mengadap Allah Subhanahu Wataala nanti".


pesan admin : Kuih tart tak abis makan , simpan balik dalam bekas ,nanti semut datang susah..
Baca sirah, cari ibrah (lesson/moral of the story ) kalau tak faham, cari ulama',kalau tak takut 'semut'.....

sumber :Kosmo online
            ,Annah tart collection,
             sirah khalifah

0 comments:

Post a Comment

 

Ahli Kelas Aktif

Borak-borak kosong

 
Back To Top