Pages

Blogger templates

Allah says : 'Remember Me, I will remember you' (Al-Baqarah : 152)

August 27, 2013

Antara Mahu dan Perlu


Dilema mahu dan perlu

'Aku nak belajar di Mesir, ambil bidang kedoktoran.' tapi kau tak dapat ke sana, sebab kau tak perlu ke sana buat masa ini. Mungkin sebab kau tak mampu menjadi doktor suatu hari nanti atau mungkin kerana kau boleh dapatkan tempat di universiti tempatan yang lebih dekat dengan keluarga memandangkan kau juga pelajar cemerlang ketika SPM.

'Aku nak beli Samsung Galaxy S4 (sebab tengah hot sekarang ni).' sampai sekarang kau tak mampu beli telefon pintar tersebut disebabkan kekangan duit. Mungkin kerana, kau tak perlukan telefon itu buat masa ini. Kau sedar, kau boleh menjadi terlalu asyik dengannya bila kau memilikinya. tapi, kau masih bernasib baik kerana sudah ada telefon bimbit sekarang walaupun ia tidak 'sepintar' S4 yang kau inginkan. 

'Aku nak dapatkan Mumtaz/4 Flat dalam peperiksaan nanti.' tapi kau kecewa kerana gagal mendapatkan keputusan yang diharapkan. Fikirmu, kau telah gagal. hakikatnya, mungkin belum sampai masanya lagi kau dapat keputusan itu sekarang. siapa tahu, kau akan berjaya merealisasikannya suatu hari nanti.

'Aku nak berkahwin pada usia 23 tahun.' tapi kau sudah 25 dan masih membujang. ya, 25 tahun itu masih muda kalau diikutkan, tapi kau mengimpikan perkahwinan dalam usia muda sebenarnya. kau belum kahwin kerana belum ada jodoh dan belum tiba masanya lagi. boleh jadi, kau belum cukup bersedia ketika ini. jadi kau tak perlu berkahwin lagi sekarang.

perkataan 'aku nak' di atas menunjukkan impian atau hasrat seseorang. Kita mungkin salah seorang yang merasakan perkara sebegini. Inginkan sesuatu, tapi tak dapat. Mahu ini, dapat itu pula. Kadang-kadang kita kecewa dan marah (kepada diri sendiri/keluarga/Tuhan), kenapa kemahuan kita tak dapat dipenuhi. sampai satu ketika kita berasa dunia ini tidak adil kepada kita. 


Keutamaan kita

Bayangkan situasi ini. Perut kita berbunyi minta diisikan sesuatu lalu mendesak diri kita untuk mencari makanan (keperluan). Dalam masa yang sama, kita terbayang makan makanan yang sedap-sedap tapi lebih mahal daripada biasa (kemahuan). Antara makan untuk mengisi kekosongan perut sekadarnya dan makan di restoran mewah yang mahal, mana satu yang kita akan pilih?  Sudah pastinya, makan di mana-mana sekalipun tidak menjadi masalah kerana kita telah berjaya memenuhi keperluan diri kita. tapi yang menjadi masalahnya bila kita memenuhi keperluan itu dengan kemahuan diri pula. 

Antara mahu dan perlu, mana satu keutamaan (priority) kita sebenarnya? 

Saya tidak maksudkan kita tidak boleh mendapatkan apa yang kita mahu kerana hakikatnya, semua orang ada keinginan dan kemahuan masing-masing. setiap kemahuan itu pastinya mendesak diri kita untuk dipenuhi. tapi biarlah benda yang kita mahu itu kita mampu mendapatkannya. Bak kata pepatah melayu, ukur baju di badan sendiri.


Kemahuan = Impian

tahniah saya ucapkan kerana anda berjaya menyatakan apa yang anda mahu. itu membuktikan bahawa anda ada impian tersendiri. Jika anda ada impian, maka lakukanlah sesuatu untuk merealisasikannya. Bak kata Adnan Sempit, 'Di mana ada kemahuan, di situ ada highway'. tapi jangan kecewa kalau kita gagal dapatkan apa yang kita impikan kerana mungkin belum sampai masanya lagi, mungkin?


Ketepikan yang perlu kerana mahu

saya pernah terbaca dalam satu akhbar tempatan tentang seorang lelaki yang bekerjaya. lelaki tersebut sanggup mengikat perut setiap hari semata-mata ingin tampak bergaya dan mewah. duit gajinya kebanyakannya disimpan agar suatu hari nanti dia dapat membeli barangan yang eksklusif dan berjenama untuk diri sendiri seperti jam tangan, kemeja, kereta dan sebagainya. makan entah ke mana gara-gara nak bergaya punya pasal!

anda sanggup jadi sampai begini sekali? tak perlu kot. berpada-padalah. Remember, first thing first! 


Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu. Dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Al Baqarah : 216)

Allah lebih tahu apa yang terbaik

Begitulah janji Allah pada kita. Kita mungkin hanya mampu merancang, tapi Allah adalah sebaik-baik perancang. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk diri kita, lebih daripada apa yang kita perlukan.


“Our frustration is greater when we have much and want more than when we have nothing and want some. We are less dissatisfied when we lack many things than when we seem to lack but one thing.” 




Bersyukurlah tatkala apa yang kita mahu dan perlu dapat dipenuhi sedangkan ramai lagi di luar sana yang tidak senasib dengan kita. Jangankan untuk dapat apa yang mereka mahu, untuk mencari apa yang mereka perlu pun belum tentu pasti.

Faiza 'azamta, fatawakkal 'alaallah.. (maka apabila kamu telah bulatkan tekad, bertawakkallah kepada Allah)

Thank you, Allah! <3

August 26, 2013

Henry Gurney (Mari kita buka topeng )


Sir Henry Gurney .pak Cik Gurney ni antara ' omputeh' (baca:orang kulit putih/faham: mat salleh ) yang popular di Malaysia.Kita telah diajar dan dimomok-momokkan dalam pembelajaran sejarah bahawa Pak cik Gurney amat berjasa kepada tanah Melayu dalam melindungi Malaya dulu-dulu kala daripada Komunis !

Lain-lain fakta yang kita dok hafal berulang kali semata-mata ingin mendapat A dalam subjek kegemaran ramai , Sejarah : P :
~Pak cik Gurney ialah Pesuruhjaya Tinggi British (setaraf dengan Perdana Menteri )1948-1951
~Mula menjejakkan kaki ke tanah Melayu pada Oktober 1948
~ Orang British (of courselah)
~Bersungguh-sungguh mengekang pengaruh komunis di Tanah Melayu.
~Menemui ajalnya di Bukit Fraser dalam usia 53 tahun pada 1951 dalam serangan gerila oleh PKM 
*PKM-Parti Komunis Malaya


muka pakcik Gurney (opps pakcik ni serious orangnya, cuba senyum sikit : P)


Ini berita tentang kematian Pak cik Gurney.Isterinya Lady Isabel Lowther Weir terselamat.(Tengok kiri akhbar)

 
Ini adalah pusara Gurney di perkuburan Kristian Cheras.


Pak cik Gurney juga pernah hadir ke Majlis Konvokesyen Universiti Malaya semasa dia menjadi Pesuruhjaya Tinggi British.Hmmm..banyak betul keterlibatan Pakcik Gurney ini di bumi Malaysia ini (eh, tanah Melayu)


tutup story-morrie sejarah dalam buku tu...

********************

Siapa sebenanrnya Henry Gurney?

"Pesuruhjaya Tinggi British"

Mengapa Henry Gurney ditugakan di Tanah Melayu ?

Sebenarnya Henry Gurney ditugaskan di Tanah Melayu kerana kepercayaan dan penghargaan British terhadapa Pak cik Gurney atas 'kejayaan' hebatnya di Palestin.British mengharap Pak cik Gurney akan melakukan sesuatu yang tak kurang hebatnya di Tanah Melayu.

Mari buka topeng Pak cik Gurney! Maka kita akan nampak senyuman sebenar musuh Islam ini!

Sepanjang 1946-1948 (2 tahun ) di bumi Palestin :
~ Pak cik Gurney dengan penuh angkuhnya telah menjemput pendatang Yahudi di Eropah untuk berpindah ke Palestin dan mereka berkata kepada Yahudi : "Eh jangan malu-malu, buatlah macam rumah sendiri ye "
: (


~ Pak cik Gurney bertanggungjawab menghalau dan membunuh saudara kita di Palestin.Ya, saudara kita dihalau di bumi sendiri dan dibunuh dengan kejam.
 : ''' (
~Paling penting, Pak cik Gurney merupakan antara dalang di sebalik tragedi Penyembelihan Umat Islam Dier Yassin di Palestin pada tahun 1948 !


Apa kisah sebenar di Dier Yassin ?

Dier Yassin merupakan nama sebuah kampung berhampiran Jerusalem yang didiami sekitar 600 orang penduduk Arab Palestin.Dianggarkan pada masa kejadian terdapat 144 buah rumah dan kesemua penduduknya merupakan Muslim.Sejak sekian lama, perkampungan ini memang berjiran dengan perkampungan Yahudi Ortodoks di Givat Shaul dengan aman.

Alasan serangan !

Ingin mengurangkan pengaruh kuasa dan sekatan jalanan di Jerusalem oleh tentera Palestin yang keterlaluan sehingga menganggu hak asasi awam .Ye ke??
Menurut pihak Israel Palestin sengaja membesar-besarkan cerita tentang di Deir Yassin untuk meminta simpati dunia kepada mereka sekaligus menyalahkan pihak British dan Yahudi. Ohhoiii.. menyirap !

"Ini cuma operasi menentang sekatan ke atas Jerusalem !" : o



Sudah hampir 80 tahun peristiwa di Deir Yassin, namun kepedihannya tidak akan pernah sembuh.Para Aktivis keamanan di seluruh dunia berusaha membongkar kebenaran akan tragedi sebenar di Deir Yassin.


Disinilah pernah berlakunya penyembelihan umat Islam Palestin .Seramai lebih 254 orang penduduk kampung telah dibunuh kata si laknat  Yahudi Israel.Sedangkan jumlah sebenar adalah lebih ramai.Berkata kembar seiras Yahudi Israel dan  British ketika itu bahawa mereka hanya membunuh pejuang-pejuang.Walhal ,kanak-kanak disembelih hidup-hidup di depan mata, anak gadis dan wanita dirogol dengan kejam.Pihak tentera telah memotong telinga, jari dan kaki para wanita untuk mendapatkan perhiasan mereka.Wanita hamil dibelah perutnya supaya si ibu dan janin benar-benar mati.Beberapa wanita dan kanak-kanak yang yatim telah dibawa ke pusat perlindungan sementara tentera untuk 'dilindungi'.Namun setelah disiasat , tiada sebarang perlindungan tetapi hanyalah siksaan atas dasar banduannya adalah pengganas.   
Ya Allah kejamnya dan sakitnya semua ini untuk dilalui oleh saudara kita di Palestin. !Moga hadiah syahid untuk mereka.insha-Allah.


Kisah sebenar ???

Dua pihak puak pengganas Yahudi iaitu puak Haganah dan puak Irgun-Lehi saling bersaing untuk siapa yang dapat membina negara Israel dahulu?.Pembunuhan rakyat Palestin di Deir Yassin adalah antara usaha pembersihan  yang dilakukan ke atas orang Arab-Palestin sebagaimana peristiwa di kem pelarian Sabra dan Shatila.Antara lain ini merupakan antara kemuncak konflik Arab-Israel  yang sedang berlaku.


Berjuang menegakkan Al-Haq. Ayuh !!!


Setelah apa yang dilakukan israel, British , Pak cik gurney dan sekutunya di Deir Yassin, mereka dengan penuh selamber (baca : muka tembok) menghantar surat kemaafan kepada Raja Abdullah di Jordan atas 'keterlanjuran' mereka.Pirrah  !! Begitu juga di bumi Malaysia, kita cukup berbangga mengabdikan nama Pakcik Gurney di mana-mana.

Pertama : Sekolah
Sekolah Penjara Henry Gurney di Teluk Mas, Melaka

sesuai apa? sekolah Pak cik Gurney untuk budak-budak jahat.pasal Pak cik Gurney pun jahat juga : )
(Hang pikiaq la)



Kedua : Gurney Drive
Persiaran Pinggir Laut di Pulau Pinang : antara tempat menarik di Pulau Pinang




Ketiga : Pusat Beli-belah 
juga di Pulau Pinang




Keempat : Hotel
berdekatan dengan Penang Drive




Kelima : Nama jalan

Ada jalan dinamakan dengan Pak cik Gurney di Melaka, Seremban, Kuala Lumpur


Keenam : Nama pekan, Pekan Gurney di Perak



Punya berlambak tokoh lain yang boleh dibanggakan. Kita memilih mengabadikan nama insan yang telah membunuh saudara kita di Palestin.
"Eh, ni kisah lama lah..Sejarah tetap sejarah.Kita kena mulakan hidup baru !"
aduh !
"Sedangkan Palestin masih tidak kita dapatkan semula , sejarah kau kata hanyalah sandiwara?

August 23, 2013

Mari kenali siapakah Adnan Menderes...




Ali Adnan Ertekin Menderes (lahir di Aydin tahun 1899 – meninggal di Imrali, 17 September 1961 pada umur 62 tahun) merupakan seorang negarawan Turki dan pimpinan pertama yang dipilih secara demokratis dalam sejarah Turki. Ia menjawat jawatan Perdana Menteri Turki antara tahun 1950–1960. Salah seorang pengasas Parti Demokrat pada tahun 1946, parti oposisi rasmi ke-4 di Turki.

Masyhur di kalangan masyarakat Turki tersebar kisah Adnan Menderes menaiki sebuah pesawat terbang. Semasa di angkasa, salah satu mesin pesawat mati. Pilot pesawat mengumumkan keadaan emergency. Menderes bersumpah, jika Tuhan selamatkan dirinya, dia berjanji untuk mengembalikan kejayaan Islam di Turki. Akhirnya pesawat pun terbakar. Satu-satunya penumpang yang selamat, hanya dirinya. Allahu a’lam.




Dia dikenali sebagai orang yang pertama kali mengembalikan azan ke dalam bahasa Arab, dimana sejak lama diubah oleh Kamal Attaturk ke dalam bahasa Turki.

Tahun 1950 bergabung dengan Parti Demokrat Turki dan menjadi calon untuk pilihanraya.Amerika pada masa itu mensasarkan bahawa Menderes akan kalah dengan manifesto-manifesto yang dibawanya. Antara kempen Menderes ialah:

-Azan dikembalikan ke dalam bahasa Arab.
-Ibadah haji diizinkan.
-Pembukaan kembali sekolah-sekolah agama (Islam) dan pengajaran agama di sekolah-sekolah umum.
-Membatalkan dasar yang melarang hijab bagi Muslimah.

Dan hasilnya sangat mencengangkan! Parti Attaruk menurun 32 keursi. Manakala Parti Demokrat meraih 318 keursi. Adnan Menderes dipilih menjadi PM Turki, dengan presiden Celâl Bayar

Semenjak dilantik menjadi PM, Menderes memenuhi janji-janji di dalam manifesto. Pelantikannya bertepatan dengan awal Ramadhan dan dalam masa yang sama, Menderes mengisytiharkankan 

1)azan dengan bahasa Arab
2) kebebasan berpakaian untuk muslimah
3) kebebasan pengajaran di masjid-masjid
4)dibolehkan memakmurkan masjid.

Pada pilihanraya 1954, parti Attatruk sekali lagi menurun secara drastik hingga tinggal 24 keursi. Pada masa yang sama, Menderes mengizinkan peraturan yang membolehkan pengajaran Bahasa Arab, pengajaran Al-Qur’an di seluruh sekolah menengah, membangunkan 10,000 masjid dan 22 maahad Islam di Anatolia, dalam rangka akselerasi program para khatib, da’i, dan guru-guru Al-Qur’an. Menderes juga megizinkan penerbitan buku-buku Islam, majalah-majalah, atau lebaran yang menyerukan agar kembali berpegang teguh dengan ajaran Islam. Lebih dari itu, Menderes mengaktifkan kembali masjid-masjid yang dijadikan gudang-gudang untuk kembali menjadi tempat ibadah dan membuka 25 madrasah tahfiz Al-Qur’an.

Menderes mulai aktif menjalin hubungan dengan Dunia Arab melawan Israel. Antaranya, melaksanakan aturan ketat untuk setiap kargo yang masuk dari Israel, baik kargo ubat-ubatan atau barang yang 'Made in Israel'. Malah Menderes pernah mengusir Duta Israel di Turki tahun 1956.

Arus Islamisasi yang begitu deras, membuat golongan anti Islam di Turki kepanasan. Didalangi oleh para jeneral dari zaman Kamal Attatruk banyak menikmati kucuran dollar dari Israel, Jeneral Kamal Joe Russel menangkap dan menghukum gantung Menderes.



Sebab-sebab Menderes dihukum gantung telah ditulis oleh seorang wartawan bernama Sami Kohen, 

"Penyebab hukuman mati Menderes adalah, kebijakan politiknya yang teramat dekat dengan dunia Islam, sebaliknya dingin dan kaku dengan Israel. Selain itu, kunjungan terakhirnya ke beberapa negara Teluk, yang kemudian dilanjutkan beribadah haji, menjadi sebab kemarahann militer tentera Turki."
Dengan izin Allah, Menderes syahid di tali gantung

Adnan Menderes, hanya dalam 10 tahun perjuangannya, sekolah-sekolah Islam yang dibukanya, lembaga-lembaga tahfiz yang telah digerakkan, masjid-masjid yang dibangunkan, azan yang idikembalikan dalam bahasa Arab, ternyata membuahkan hasil semenjak tahun 1996 dengan kemunculan Necmettin Erbakan, dan sehingga penghujung tahun 2006, benih-benih dakwah Menderes muncul seperti: Abdullah Gull, Recep Tayip Erdogan, dan generasi terbaik Turki saat ini.

Tak ramai yang mengenal dan pernah dengar tentang Adnan Menderes di dalam dunia Islam. Mungkin sebab Menderes tak pandai mengarang buku-buku, hingga tak ada yang menggelarnya 'Allamah Mujtahid Mutlaq Syaikh.' Tetapi pengorbanannya menjadi teladan bagi generasi muda Turki, sejajar dengan Imam Syahid Hasan Al-Banna, 
Sayyid Qutb, Raja Faisal dan lain-lain lagi

August 22, 2013

Mustafa Kamal Ataturk -Allah hina kematian musuh Islam


3 Mac 1924 :
sudah pastinya menjadi tarikh luka buat segenap dunia islam apabila secara rasminya sistem khalifah ditamatkan di Turki.Musuh islam dengan bangganya sendiri telah menghalau khalifah Islam Turki Uthmaniyah yang terakhir iaitu Sultan Abdul Majid.Bermulalah saatnya Islam menjadi asing dan dipijak , dihina sehingga hari ini ! Walhal sejarah melakarkan tanpa tipu kitalah Penakluk dua pertiga dunia!
Sekarang itu semua sejarah silam ! : '' (

Namun kuasa Allah tetap yang Terhebat.Allah Maha Kuasa menunjukkan kekuasaannya menghina dalang di sebalik kejatuhan daulah islamiyyah ini .Siapa lagi kalau bukan..............


[credit google]

SIAPAKAH SEBENARNYA : MUSTAPHA KAMAL ATTATURK ???
Secara ringkasnya beliau dipercayai adalah seorang anak luar nikah yang telah diprogramkan yahudi sejak kecil Sedari kecil lagi beliau telah menunjukkan kebenciannya terhadap Islam tanpa gentar.

Teruskan membaca latar belakang musuh Islam ini di sini.

ramai lagi yang belum mengetahui perkara ini.Apatah lagi dalam keasyikan pemuda-pemudi islam hari ini membaham hidangan hiburan yang sentiasa lazat !!! Astaghfirullah!

Antara syarat kezaliman yang dikenakan oleh Mustapha Kamal Attaturk
(bekas PM Turki) :-


1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.






2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.




9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.(sekularisme)
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

***tanpa ragu dan penuh jujur, kebanyakkan yang syarat yang diperjuangkan oleh musuh islam ini diamalkan oleh umat islam seluruh dunia termasuklah negara  kita. Salam kemerdekaan ke -56 !***



Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan


Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.



Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam.
Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu.

Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.
Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, 

ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk.
p/s -serupa dengan Firaun mayatnya tidak diterima bumi sampaikan dibinanya Piramid.
Eh, tidak takutkah Pak Cik As-Sisi??? : P



Allahu akbar! Dunia lagi sudah dihina, bagaiman buruk sudahnya di negeri sana nanti..


Ya Allah , hari ini saudara-saudara kami di Mesir diinjak-injak oleh musuh agamamu,
Ya Allah hari ini saudara-saudara kami di Syria disembelih musuh -musuh agamamu,
Seluruh pemuka kezaliman bersatu Ya Allah, menzalimi saudara kami di atas setiap inci bumi ini..
Tanpa mengira bumi ini milik -Mu Ya Allah,
mereka angkuh menghina syariat-Mu..

Wahai tuhan yang Maha Menyaksikan, Wahai Tuhan Yang Maha Gagah,
hancurkan mereka dengan kekuasaan-Mu..
Lindungilah diri kami dengan perlindungan-Mu..

Amin.
sumber : Aii (personal blog)

August 16, 2013

Prasyarat ke Panggung Wayang


Tengok wayang, jom!

Bila diajak tengok wayang, akan ada orang yang teruja dan orang yang cepat-cepat menolak. 

*sila mengaku*

Yang teruja, pastinya dah berkali-kali ke panggung wayang. Macam-macam pendapat yang mereka bagi untuk membuktikan tengok wayang di panggung wayang itu tidak salah.

Yang menolak pula beranggapan tempat itu tidak elok, tempat maksiat. Buang masa, buang duit.

Yang mana satu boleh pakai ni?

Jadi di sini timbul persoalan : boleh ke kita tengok wayang? Apa hukumnya di dalam Islam?

mari kita tanya Ustaz Azhar Idrus *klik video berikut*




Daripada video ni dapat disimpulkan bahawa, pergi ke panggung wayang menjadi HARAM sekiranya :

1. bahan yang kita tengok itu ada unsur maksiat dan khurafat, haram kita tengok
2. orang yang berada di dalam panggung wayang itu melakukan maksiat.


Di sini terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan sebelum membeli tiket wayang dan melangkah masuk ke panggung wayang, sekiranya anda rasa tiada salahnya tengok wayang :

1. Bahan yang ditonton - pertimbangkan dulu movie/filem yang bakal anda tonton nanti. filem-filem yang mengandungi unsur maksiat (seks, pergaulan bebas, dedah aurat terlampau) atau khurafat (perkara-perkara syirik/tahyul) wajar ditolak ke tepi awal-awal. Filem yang asalnya mengandungi elemen kekeluargaan dan percintaan juga kita harus berhati-hati sebelum menontonnya. Takut-takut, ada babak yang tidak patut dilihat terpaksa ditonton pula...Kalau boleh, tengok trailer sesuatu filem yang kita nak tengok tu dulu. Jangan pakai redah je tengok!

2. Teman - orang tidak akan tengok wayang seorang diri walaupun akan ada orang lain dalam panggung wayang tu. oleh sebab itu, anda perlu pilih teman yang ingin dibawa masuk bersama-sama ke panggung wayang. kalau teringin sangat nak tengok wayang, ajak ahli keluarga. jadikan sebagai satu aktiviti kekeluargaan. itu lebih baik daripada pergi dengan kawan-kawan apatah lagi dengan boifren/gilfren! *opss* ingat, cinema bukan tempat dating ye!

3. Tiket masuk - duit harus consider jugak. Kalau mahal sangat, sebaiknya tak payah tengok. Bukankah lebih elok kalau duit itu disedekahkan kepada yang lebih memerlukan?

gambar hiasan
4. Penonton wayang - sebaiknya tinjau-tinjau dulu orang-orang yang bakal menonton wayang dalam satu panggung dengan kita. jika kebanyakan mereka terdiri daripada golongan muda yang berpasangan, elakkan menonton filem yang sama dengan mereka. takut-takut tempat yang asalnya bukan tempat maksiat, dicemari dengan maksiat orang di dalamnya.

5. Masa tontonan - soal masa ramai yang tak ambil cakna. Filem kebiasaannya mengambil masa 2 jam untuk ditayangkan. Kadang-kadang ada filem yang ditayangkan melepasi waktu solat (lebih-lebih lagi waktu Maghrib). pilihlah filem yang tidak mengganggu waktu solat kita. paling tidak, solat dahulu sebelum masuk cinema. Ingat, utamakan yang utama!


Kalau syarat itu mampu anda ikut, insyaallah panggung wayang tidak menjadi salah untuk kita jejak.

tapi pernahkan anda berfikir, sebenarnya anda tidak perlu bersusah-payah ke panggung wayang untuk tengok wayang..sekarang tv dah ada, youtube dah ada...kenapa kita memilih untuk bayar daripada yang free? jangan salah faham, saya tak menggalakkan anda tengok filem sangat pun. tapi kalau itu filem yang baik, yang ada mesej dan nilai yang baik, silakan tengok puas-puas.

bagi yang tak pernah masuk ke panggung wayang, saya ucapkan tahniah dan takziah. Tahniah kerana anda tidak terpedaya dengan iklan-iklan dan promo filem terbaru sampai perlu melaburkan duit di panggung wayang. Takziah kerana anda tidak ada pengalaman suasana di dalamnya.

saya bukan memberi galakan, tapi saya rasa anda patut cuba masuk ke dalamnya SEKALI sekurang-kurangnya untuk lihat bagaimana keadaan sebenar panggung wayang itu. jangan asyik sebut tak elok sedangkan kita tidak tahu mengapa dikatakan begitu.

cukup sekali, mudah-mudahan ia mampu membuka mata anda. harap tidak 'ketagih' ke panggung wayang pula selepas ini =,='



#maaf andai post ini menyinggung mana-mana pihak. saya juga insan kerdil yang terpalit dosa.

August 14, 2013

PM Norway bawa teksi? Kita rindukan Khalifah Umar

Assalamualaikum...

Heboh seluruh dunia ! berbuih kedai kopi segenap benua bercerita...
apa yang hottt sangat tu???


berita :

OSLO, Norway - Perdana Menteri Norway, Jens Stoltenberg (gambar) melakukan kejutan dengan dengan menyamar sebagai seorang pemandu teksi petang kelmarin



ya , Jens Stoltenberg (mesti Mak Jemah pronounce as 'Jin sotong burger ) : P  ...
ya , Jens Stoltenberg melakukan semua ini untuk mengetahui pandangan rakyat akan pentadbirannya.
Rakyat yang menaiki teksi pula tidak dikenakan bayaran. : )

Seluruh dunia bertepuk tangan,memercikkan bunga api (oh, aidilfitri) memuji tindakan beliau yang sangat luar biasa dan mengagumkan.Bak kata Jimmy di London 'It is sooo amaaaazinggg!'

eh, (baca untuk Jimmy : Excuse me), ini bukan yang pertama dalam dunia !

lebih 1000 tahun yang lalu (sila tukar imaginasi dalam mood sephia ,ni nak gi flashback !)

Sirah menjadi saksi, apabila Khalifah Umar Al-Khattab pernah menyamar untuk mengetahui keadaan rakyatnya di mana kisah khalifah Umar pernah menemui seorang nenek.Nenek tak puas hati dengan pemerintahan khalifah Umar.Khalifah Umar menangis dan mohon maaf akan kezalimannya. Allahuakbar!

cerita penuh akan dihidangkan bersama kuih tart nanas di bawah.

*********

Kitab sejarah Melayu juga telah menukilkan kisah bagaimana Sultan Alauddin Riayat Shah iaitu pemerintah Melaka (hangpa pi check buku sejarah sat) pernah menyamar sebagai orang biasa pada waktu malam untuk menyiasat kes kecurian. Ini pemimpin Islam saat Melaka digelar serambi Mekah!

*********

Perlahan-lahan kita terasa ada rindu.Rindu pada khalifah Islam.Merindui kerendahan hati dan kesungguhannya menjadi pelindung rakyat. : "" ) moga Allah rahmati.

*********
baca sirah sambil tart di gigi.


Khalifah Umar Al-Khattab Dengan Nenek Tua

Pada suatu hari Khalifah Umar Al-Khatab baru saja pulang dari melawat negeri Syria. Seperti biasa Saidina Umar akan berjalan-jalan dan meninjau sekitar kawasan untuk melihat keadaan rakyat jelata untuk mengetahui sendiri akan penderitaan mereka. Pada kali ini Saidina Umar menuju ke sebuah pondok buruk yang didiami oleh seorang nenek tua.

Saidina Umar pergi ke rumah nenek tersebut dengan menyamar sebagai orang biasa. Sudah menjadi kebiasaan kepada Khalifah Umar menyamar menjadi orang awam kerana beliau ingin melihat sendiri akan penderitaan yang di alami oleh rakyatnya dan ingin mendapat maklumat atau pandangan rakyat terhadapnya. 

Apabila tiba di rumah nenek tersebut Khalifah memberi salam dan berkata. "Adakah nenek mendengar apa-apa berita tentang Umar?". jawab nenek tua itu "Khabarnya Umar baru sahaja pulang dari Syria dengan selamat". Kata khalifah lagi "Bagaimana pendapat nenek tentang khalifah kita itu". Jawab nenek "Semoga Allah tidak memberi ganjaran baik kepadanya". Umar bertanya lagi " Mengapa nenek berkata begitu?".

Jawab nenek "Ia sangat jauh dari rakyatnya. Semenjak menjadi khalifah dia belum pernah menjenguk pondok aku ini apatah lagi memberi wang"

Jawab Umar "Bagaimana mungkin dia dapat mengetahui keadaan nenek sedangkan tempat ini jauh terpencil" Nenek mengeluh dan berkata "Subhanallah! tidak mungkin seorang khalifah tidak mengetahui akan keadaan rakyatnya walau dimana mereka berada".

Mendengar kata-kata tadi Khalifah Umar tersentak lalu berkata didalam hatinya "Celakalah aku kerana semua orang dan nenek ini pun mengetahui perihal diriku".

 Saidina Umar menyesal sambil menitiskan air mata. Saidina Umar berkata lagi "Wahai nenek, berapakah kamu hendak menjual kezaliman Umar terhadap nenek?. Saya kasihan kalau Umar mati nanti akan masuk neraka. Itu pun kalau nenek mahu menjualnya"

Kata nenek "Jangan engkau bergurau dengan aku yang sudah tua ini".

Sambung Umar lagi "Saya tidak bergurau, saya betul-betul ni nek, berapakah nenek akan menjualnya. Saya akan menebus dosanya, mahukah nenek menerima wang sebayak 25 dinar sebagai harga kezalimanya terhadap nenek" sambil menyerahkan wang tersebut kepada nenek.

"Terima kasih nak, baik benar budi mu" kata nenek sambil mengambil wang tersebut.

Sementara itu Saidina Ali Abu Talib bersama Abdullah bin Mas'ud lalu di kawasan itu. Melihat Khalifah Umar berada disitu, mereka pun memberi salam. "Assalamualaikum ya Amirul Mukminin". mendengar ucapan tersebut, tahulah nenek bahawa tetamu yang bercakap denganya sebentar tadi adalah Khalifah Umar Al-Khatab. Dengan perasaan takut dan gementar nenek berkata "Masya Allah, celakalah aku dan ampunlah nenek diatas kelancangan nenek tadi ya Amirul Mukminin. Nenek telah memaki Khalifah Umar dihadapan tuan sendiri".

 Rantapan nenek telah menyedarkan Saidina Umar.
"Tak mengapakah nek, mudah-mudah Allah memberi restu kepada nenek" kata Saidina Umar. Ketika itu juga Khalifah Umar telah membuka bajunya dan menulis keterangan berikut diatas bajunya.
"Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan ini Umar telah menebus dosanya atas kezalimannya terhadap seorang nenek yang merasa dirinya dizalimi oleh Umar, semenjak menjadi khalifah sehingga ditebusnya dosa itu dengan 25 dinar. Dengan ini jika perempuan itu mendakwa Umar di hari Mahsyar, maka Umar sudah bebas dan tidak bersangkut paut lagi".

Pernyataan tersebut ditandatangani oleh Saidina Ali bin Abu Talib dan di saksikan oleh Abdullah bin Mas'ud. Baju tersebut diserahkan kepada Abdullah bin Mas'ud serya berkata "Simpahlah baju ini dan jika aku mati masukkan kedalam kain kafanku untuk dibawa mengadap Allah Subhanahu Wataala nanti".


pesan admin : Kuih tart tak abis makan , simpan balik dalam bekas ,nanti semut datang susah..
Baca sirah, cari ibrah (lesson/moral of the story ) kalau tak faham, cari ulama',kalau tak takut 'semut'.....

sumber :Kosmo online
            ,Annah tart collection,
             sirah khalifah

August 05, 2013

Hadiah Untuk Pemenang!

(gambar hiasan)





masing-masing pasti tengah countdown detik ke 1 Syawal selepas berbuka pada hari terakhir berpuasa tahun ini. kalau diikutkan ramalan oleh orang yang memang ahlinya dan telah termaktub di dalam kalendar Malaysia, kita akan berhari raya pada hari khamis ini tanggal 8/8/13..

4 hari lagi akan menjengah ke Syawal..

3 hari sahaja lagi Ramadhan yang masih berbaki.

Apa perasaan anda ketika ini?

TERUJA! yeay...raya dah nak dekat! masa untuk bersuka ria...

SEDIH...kerana akan meninggalkan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

TIADA PERASAAN...raya tak raya sama saja. lepas ni ada exam pulak.

apa pun perasaan anda, itu hak masing-masing. tiada yang bersalah dalam hal ini.

cuma ada beberapa persepsi yang perlu kita betulkan tentang Syawal dan Ramadhan ini.



Ramadhan yang bakal pergi...

Ramadhan ialah bulan yang dijanjikan dengan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda bagi setiap amal ibadah. Syaitan dirantai di dalam Neraka. Pintu Syurga dibuka seluas-luasnya sementara pintu Neraka tertutup rapat buat kita manusia beriman. itu, semua orang tahu.

Ironinya, berapa ramai dalam kalangan kita ini antara sedar atau tidak telah menjadi 'hamba' kepada Ramadhan. setiap amalan baik yang dilakukan semata-mata untuk memenuhi tuntutan bulan mulia ini. perkara ini bukan tak baik, tapi selayaknya kita perbetulkan semula niat dan amalan kita. segala sesuatu hendaklah dikembalikan kepada Allah jua akhirnya. Dialah yang akan menerima setiap amalan kita, bukan bulan Ramadhan dan bukan manusia lain. 

Amalan-amalan pada bulan Ramadhan tidak seharusnya bersifat 'limited edition' untuk bulan ini sahaja, sebaliknya amalan baik sebegini wajar diteruskan pada bulan-bulan seterusnya. Kalau kita tidak memperhambakan diri pada bulan ini, insyaallah kita mampu teruskan ibadah pada bulan-bulan lain...




Syawal yang melambai-lambai bakal tiba...

pemergian Ramadhan diganti dengan kehadiran Syawal. Ramadhan yang pergi bukanlah sesuatu yang perlu kita tangisi apatah lagi kesali. sebaliknya, kita harus bersyukur kerana diberi peluang merasai bulan Ramadhan ini sedangkan ada manusia yang tidak merasa nikmat bulan ini pada tahun ini. Tahun depan, kita tidak tahu andai peluang ini akan hadir lagi buat diri kita..

'Eid is a symbol of victory'

Syawal adalah untuk hadiah bagi peserta-peserta Ramadhan. bagaimana untuk menjadi pemenangnya? mudah saja syarat-syaratnya :

1. gunakan Ramadhan selama 29/30 hari ini dengan sebaiknya
2. berusaha mengejar Lailatul Qadr (walaupun mungkin tak jumpa dengannya)
3. beriltizam untuk istiqamah amalan baik pada bulan-bulan berikutnya
4. melakukan perubahan diri ke arah lebih baik pada bulan Ramadhan

jika anda pemenangnya, maka berikut merupakan hadiah yang bakal anda menangi :

1. berhari raya bersama insan yang disayangi (sama ada jauh ataupun dekat)
2. mendapat ketenangan dan kebahagiaan pada 1 Syawal
3. perayaan disambut dengan sederhana tapi mencukupi
4. lahir sebagai individu baru yang osem lagi hebat (in a good way)
5. teruja menanti Ramadhan berikutnya


anda akan jadi superpower jika mampu teruskan dengan puasa sunat 6 hari pada bulan Syawal serta puasa-puasa sunat yang lain...oh ya, qiamullail pun lagi best kalau boleh buat selalu...


so, are you the one who deserve it?

August 03, 2013

IBRAH SURAH YUSUF BERSAMA USTAZ HASRIZAL


P/S -Selama dok hafal citer nabi yusuf, faham tak apa maksud di sebalik sirah ! Mari datang ke Taman Syurga !

PENGENALAN SEMINAR

Tujuan utama Surah Yusuf adalah pemberitahuan kepada kita semua bahawa aturan Allah ta’ala terhadap segala urusan berbeza dengan pandangan manusia yang kerdil.

Semua peristiwa yang terdapat dalam Surah Yusuf sungguh menghairankan, semuanya terjadi berlawan dengan kewajaran.

Melalui kisah Yusuf ‘alaihissalam ini, Allah subhanahu wata’ala memberitahukan kepada kita bahawa Dialah yang mengatur segala urusan.

Diakhir seminar peserta akan memperoleh:

Untuk mendapatkan kejayaan dalam hidup, pertama sekali kita harus bertaqwa dan bertawakal sepenuhnya kepada Allah.
Kesabaran yang diperlukan adalah kesabaran yang bersifat konstruksif.
Mengambil faedah dari setiap kesempatan yang hadir, tidak menunggu-nunggu kesempatan dan tidak pernah menyia-nyiakan kesempatan sekecil apa pun.
Sekolah Yusuf menghasilkan individu cemerlang.
KANDUNGAN

Antara Cabaran dan Saranan.
Pengkisahan Yusuf ‘alaihissalam.
Yusuf Mendepani Konspirasi Adik Beradik.
Manifestasi Jenayah.
Permulaan Hidup Hamba.
Menangkis Godaan.
Dibius Cinta.
Harga Sebuah Diri.
Mengambil Peluang.
Kesenangan Selepas Kesusahan.
Antara Ikhtiar & Tawakal
PENYAMPAI:

Ustaz Hasrizal Abd Jamil
MASA:

21- 22 September 2013.

Sabtu –ahad.

9.00 pagi – 5.00 petang.

LOKASI

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

YURAN

Pendaftaran awal: RM 120.00

Pendaftaran selepas 10 September: RM 150.00

(Makanan tidak disediakan)

Pembayaran dibuat kepada: AS LIFE MANAGEMENT. Maybank- 5622 6350 4694

Bukti pembayaran:-

E-mail bukti pembayaran ke info@akademisinergi.com, atau
Whats App kepada: 012 223 4947


Borang Pendaftaran, sila klik link berikut: DAFTAR

PERHATIAN :

Jika peserta ingin menarik diri:-
i) Boleh mencari pengganti dan memaklumkan kepada kami seminggu sebelum seminar, atau,
ii) Bayaran akan dibawa ke program Akademi Sinergi yang seterusnya.
ii) Tidak hadir / menarik diri dalam tempoh seminggu sebelum program (17 Sept- 20 Sept), bayaran tidak akan dikembalikan atas sebab kos penganjuran program telah dikeluarkan.



Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi:-

Ariff Jauhar Iskandar- 012 223 4947

Qayyum- 012 223 0782

DAFTAR >>http://akademisinergi.com/v2/pendaftaran-seminar-ibrah-surah-yusuf/

 

Ahli Kelas Aktif

Borak-borak kosong

 
Back To Top