Pages

Blogger templates

Allah says : 'Remember Me, I will remember you' (Al-Baqarah : 152)

August 16, 2013

Prasyarat ke Panggung Wayang


Tengok wayang, jom!

Bila diajak tengok wayang, akan ada orang yang teruja dan orang yang cepat-cepat menolak. 

*sila mengaku*

Yang teruja, pastinya dah berkali-kali ke panggung wayang. Macam-macam pendapat yang mereka bagi untuk membuktikan tengok wayang di panggung wayang itu tidak salah.

Yang menolak pula beranggapan tempat itu tidak elok, tempat maksiat. Buang masa, buang duit.

Yang mana satu boleh pakai ni?

Jadi di sini timbul persoalan : boleh ke kita tengok wayang? Apa hukumnya di dalam Islam?

mari kita tanya Ustaz Azhar Idrus *klik video berikut*




Daripada video ni dapat disimpulkan bahawa, pergi ke panggung wayang menjadi HARAM sekiranya :

1. bahan yang kita tengok itu ada unsur maksiat dan khurafat, haram kita tengok
2. orang yang berada di dalam panggung wayang itu melakukan maksiat.


Di sini terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan sebelum membeli tiket wayang dan melangkah masuk ke panggung wayang, sekiranya anda rasa tiada salahnya tengok wayang :

1. Bahan yang ditonton - pertimbangkan dulu movie/filem yang bakal anda tonton nanti. filem-filem yang mengandungi unsur maksiat (seks, pergaulan bebas, dedah aurat terlampau) atau khurafat (perkara-perkara syirik/tahyul) wajar ditolak ke tepi awal-awal. Filem yang asalnya mengandungi elemen kekeluargaan dan percintaan juga kita harus berhati-hati sebelum menontonnya. Takut-takut, ada babak yang tidak patut dilihat terpaksa ditonton pula...Kalau boleh, tengok trailer sesuatu filem yang kita nak tengok tu dulu. Jangan pakai redah je tengok!

2. Teman - orang tidak akan tengok wayang seorang diri walaupun akan ada orang lain dalam panggung wayang tu. oleh sebab itu, anda perlu pilih teman yang ingin dibawa masuk bersama-sama ke panggung wayang. kalau teringin sangat nak tengok wayang, ajak ahli keluarga. jadikan sebagai satu aktiviti kekeluargaan. itu lebih baik daripada pergi dengan kawan-kawan apatah lagi dengan boifren/gilfren! *opss* ingat, cinema bukan tempat dating ye!

3. Tiket masuk - duit harus consider jugak. Kalau mahal sangat, sebaiknya tak payah tengok. Bukankah lebih elok kalau duit itu disedekahkan kepada yang lebih memerlukan?

gambar hiasan
4. Penonton wayang - sebaiknya tinjau-tinjau dulu orang-orang yang bakal menonton wayang dalam satu panggung dengan kita. jika kebanyakan mereka terdiri daripada golongan muda yang berpasangan, elakkan menonton filem yang sama dengan mereka. takut-takut tempat yang asalnya bukan tempat maksiat, dicemari dengan maksiat orang di dalamnya.

5. Masa tontonan - soal masa ramai yang tak ambil cakna. Filem kebiasaannya mengambil masa 2 jam untuk ditayangkan. Kadang-kadang ada filem yang ditayangkan melepasi waktu solat (lebih-lebih lagi waktu Maghrib). pilihlah filem yang tidak mengganggu waktu solat kita. paling tidak, solat dahulu sebelum masuk cinema. Ingat, utamakan yang utama!


Kalau syarat itu mampu anda ikut, insyaallah panggung wayang tidak menjadi salah untuk kita jejak.

tapi pernahkan anda berfikir, sebenarnya anda tidak perlu bersusah-payah ke panggung wayang untuk tengok wayang..sekarang tv dah ada, youtube dah ada...kenapa kita memilih untuk bayar daripada yang free? jangan salah faham, saya tak menggalakkan anda tengok filem sangat pun. tapi kalau itu filem yang baik, yang ada mesej dan nilai yang baik, silakan tengok puas-puas.

bagi yang tak pernah masuk ke panggung wayang, saya ucapkan tahniah dan takziah. Tahniah kerana anda tidak terpedaya dengan iklan-iklan dan promo filem terbaru sampai perlu melaburkan duit di panggung wayang. Takziah kerana anda tidak ada pengalaman suasana di dalamnya.

saya bukan memberi galakan, tapi saya rasa anda patut cuba masuk ke dalamnya SEKALI sekurang-kurangnya untuk lihat bagaimana keadaan sebenar panggung wayang itu. jangan asyik sebut tak elok sedangkan kita tidak tahu mengapa dikatakan begitu.

cukup sekali, mudah-mudahan ia mampu membuka mata anda. harap tidak 'ketagih' ke panggung wayang pula selepas ini =,='



#maaf andai post ini menyinggung mana-mana pihak. saya juga insan kerdil yang terpalit dosa.

0 comments:

Post a Comment

 

Ahli Kelas Aktif

Borak-borak kosong

 
Back To Top