Dilema mahu dan perlu
'Aku nak belajar di Mesir, ambil bidang kedoktoran.' tapi kau tak dapat ke sana, sebab kau tak perlu ke sana buat masa ini. Mungkin sebab kau tak mampu menjadi doktor suatu hari nanti atau mungkin kerana kau boleh dapatkan tempat di universiti tempatan yang lebih dekat dengan keluarga memandangkan kau juga pelajar cemerlang ketika SPM.
'Aku nak beli Samsung Galaxy S4 (sebab tengah hot sekarang ni).' sampai sekarang kau tak mampu beli telefon pintar tersebut disebabkan kekangan duit. Mungkin kerana, kau tak perlukan telefon itu buat masa ini. Kau sedar, kau boleh menjadi terlalu asyik dengannya bila kau memilikinya. tapi, kau masih bernasib baik kerana sudah ada telefon bimbit sekarang walaupun ia tidak 'sepintar' S4 yang kau inginkan.
'Aku nak dapatkan Mumtaz/4 Flat dalam peperiksaan nanti.' tapi kau kecewa kerana gagal mendapatkan keputusan yang diharapkan. Fikirmu, kau telah gagal. hakikatnya, mungkin belum sampai masanya lagi kau dapat keputusan itu sekarang. siapa tahu, kau akan berjaya merealisasikannya suatu hari nanti.
'Aku nak berkahwin pada usia 23 tahun.' tapi kau sudah 25 dan masih membujang. ya, 25 tahun itu masih muda kalau diikutkan, tapi kau mengimpikan perkahwinan dalam usia muda sebenarnya. kau belum kahwin kerana belum ada jodoh dan belum tiba masanya lagi. boleh jadi, kau belum cukup bersedia ketika ini. jadi kau tak perlu berkahwin lagi sekarang.
perkataan 'aku nak' di atas menunjukkan impian atau hasrat seseorang. Kita mungkin salah seorang yang merasakan perkara sebegini. Inginkan sesuatu, tapi tak dapat. Mahu ini, dapat itu pula. Kadang-kadang kita kecewa dan marah (kepada diri sendiri/keluarga/Tuhan), kenapa kemahuan kita tak dapat dipenuhi. sampai satu ketika kita berasa dunia ini tidak adil kepada kita.
Keutamaan kita
Bayangkan situasi ini. Perut kita berbunyi minta diisikan sesuatu lalu mendesak diri kita untuk mencari makanan (keperluan). Dalam masa yang sama, kita terbayang makan makanan yang sedap-sedap tapi lebih mahal daripada biasa (kemahuan). Antara makan untuk mengisi kekosongan perut sekadarnya dan makan di restoran mewah yang mahal, mana satu yang kita akan pilih? Sudah pastinya, makan di mana-mana sekalipun tidak menjadi masalah kerana kita telah berjaya memenuhi keperluan diri kita. tapi yang menjadi masalahnya bila kita memenuhi keperluan itu dengan kemahuan diri pula.
Antara mahu dan perlu, mana satu keutamaan (priority) kita sebenarnya?
Saya tidak maksudkan kita tidak boleh mendapatkan apa yang kita mahu kerana hakikatnya, semua orang ada keinginan dan kemahuan masing-masing. setiap kemahuan itu pastinya mendesak diri kita untuk dipenuhi. tapi biarlah benda yang kita mahu itu kita mampu mendapatkannya. Bak kata pepatah melayu, ukur baju di badan sendiri.
Kemahuan = Impian
tahniah saya ucapkan kerana anda berjaya menyatakan apa yang anda mahu. itu membuktikan bahawa anda ada impian tersendiri. Jika anda ada impian, maka lakukanlah sesuatu untuk merealisasikannya. Bak kata Adnan Sempit, 'Di mana ada kemahuan, di situ ada highway'. tapi jangan kecewa kalau kita gagal dapatkan apa yang kita impikan kerana mungkin belum sampai masanya lagi, mungkin?
Ketepikan yang perlu kerana mahu
saya pernah terbaca dalam satu akhbar tempatan tentang seorang lelaki yang bekerjaya. lelaki tersebut sanggup mengikat perut setiap hari semata-mata ingin tampak bergaya dan mewah. duit gajinya kebanyakannya disimpan agar suatu hari nanti dia dapat membeli barangan yang eksklusif dan berjenama untuk diri sendiri seperti jam tangan, kemeja, kereta dan sebagainya. makan entah ke mana gara-gara nak bergaya punya pasal!
anda sanggup jadi sampai begini sekali? tak perlu kot. berpada-padalah. Remember, first thing first!
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu. Dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Al Baqarah : 216)
Allah lebih tahu apa yang terbaik
Begitulah janji Allah pada kita. Kita mungkin hanya mampu merancang, tapi Allah adalah sebaik-baik perancang. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk diri kita, lebih daripada apa yang kita perlukan.
“Our frustration is greater when we have much and want more than when we have nothing and want some. We are less dissatisfied when we lack many things than when we seem to lack but one thing.”
Bersyukurlah tatkala apa yang kita mahu dan perlu dapat dipenuhi sedangkan ramai lagi di luar sana yang tidak senasib dengan kita. Jangankan untuk dapat apa yang mereka mahu, untuk mencari apa yang mereka perlu pun belum tentu pasti.
Faiza 'azamta, fatawakkal 'alaallah.. (maka apabila kamu telah bulatkan tekad, bertawakkallah kepada Allah)
Thank you, Allah! <3
0 comments:
Post a Comment