(gambar hiasan) |
masing-masing pasti tengah countdown detik ke 1 Syawal selepas berbuka pada hari terakhir berpuasa tahun ini. kalau diikutkan ramalan oleh orang yang memang ahlinya dan telah termaktub di dalam kalendar Malaysia, kita akan berhari raya pada hari khamis ini tanggal 8/8/13..
4 hari lagi akan menjengah ke Syawal..
3 hari sahaja lagi Ramadhan yang masih berbaki.
Apa perasaan anda ketika ini?
TERUJA! yeay...raya dah nak dekat! masa untuk bersuka ria...
SEDIH...kerana akan meninggalkan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.
TIADA PERASAAN...raya tak raya sama saja. lepas ni ada exam pulak.
apa pun perasaan anda, itu hak masing-masing. tiada yang bersalah dalam hal ini.
cuma ada beberapa persepsi yang perlu kita betulkan tentang Syawal dan Ramadhan ini.
Ramadhan ialah bulan yang dijanjikan dengan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda bagi setiap amal ibadah. Syaitan dirantai di dalam Neraka. Pintu Syurga dibuka seluas-luasnya sementara pintu Neraka tertutup rapat buat kita manusia beriman. itu, semua orang tahu.
Ironinya, berapa ramai dalam kalangan kita ini antara sedar atau tidak telah menjadi 'hamba' kepada Ramadhan. setiap amalan baik yang dilakukan semata-mata untuk memenuhi tuntutan bulan mulia ini. perkara ini bukan tak baik, tapi selayaknya kita perbetulkan semula niat dan amalan kita. segala sesuatu hendaklah dikembalikan kepada Allah jua akhirnya. Dialah yang akan menerima setiap amalan kita, bukan bulan Ramadhan dan bukan manusia lain.
Amalan-amalan pada bulan Ramadhan tidak seharusnya bersifat 'limited edition' untuk bulan ini sahaja, sebaliknya amalan baik sebegini wajar diteruskan pada bulan-bulan seterusnya. Kalau kita tidak memperhambakan diri pada bulan ini, insyaallah kita mampu teruskan ibadah pada bulan-bulan lain...
Syawal yang melambai-lambai bakal tiba...
pemergian Ramadhan diganti dengan kehadiran Syawal. Ramadhan yang pergi bukanlah sesuatu yang perlu kita tangisi apatah lagi kesali. sebaliknya, kita harus bersyukur kerana diberi peluang merasai bulan Ramadhan ini sedangkan ada manusia yang tidak merasa nikmat bulan ini pada tahun ini. Tahun depan, kita tidak tahu andai peluang ini akan hadir lagi buat diri kita..
'Eid is a symbol of victory'
Syawal adalah untuk hadiah bagi peserta-peserta Ramadhan. bagaimana untuk menjadi pemenangnya? mudah saja syarat-syaratnya :
1. gunakan Ramadhan selama 29/30 hari ini dengan sebaiknya
2. berusaha mengejar Lailatul Qadr (walaupun mungkin tak jumpa dengannya)
3. beriltizam untuk istiqamah amalan baik pada bulan-bulan berikutnya
4. melakukan perubahan diri ke arah lebih baik pada bulan Ramadhan
jika anda pemenangnya, maka berikut merupakan hadiah yang bakal anda menangi :
1. berhari raya bersama insan yang disayangi (sama ada jauh ataupun dekat)
2. mendapat ketenangan dan kebahagiaan pada 1 Syawal
3. perayaan disambut dengan sederhana tapi mencukupi
4. lahir sebagai individu baru yang osem lagi hebat (in a good way)
5. teruja menanti Ramadhan berikutnya
anda akan jadi superpower jika mampu teruskan dengan puasa sunat 6 hari pada bulan Syawal serta puasa-puasa sunat yang lain...oh ya, qiamullail pun lagi best kalau boleh buat selalu...
so, are you the one who deserve it?
0 comments:
Post a Comment