Pages

Blogger templates

Allah says : 'Remember Me, I will remember you' (Al-Baqarah : 152)

July 02, 2013

Harapan saya, harapan bersama



Bismillah. Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. sepenuh syukur dipanjatkan kepada Allah atas peluang dan kesempatan yang diberikanNya untuk menghirup udara baru pada saat ini.

Pasti ramai yang tertanya-tanya, mengapa saya menubuhkan blog ini pada asalnya. Ini merupakan hasrat dan harapan peribadi saya apabila mengenangkan sahabat handai telah mengambil haluan masing-masing selepas tamatnya sekolah. hati ini kadang-kadang tertanya-tanya bagaimana keadaan sahabat-sahabat lama, di mana mereka sekarang dan sebagainya. 

Oleh sebab itu, saya berhasrat untuk menyatukan ukhuwah dan persahabat yang terbina sejak zaman sekolah dahulu agar menjadi lebih erat dan utuh daripada sebelumnya. salah satunya saya berpendapat menerusi perkongsian di dalam blog seperti ini.

Saya tahu, langkah pertama sememangnya sukar dan mencabar. oleh itu, saya tidak memaksa sahabat-sahabat sekalian untuk join menjadi penulis dalam blog ini. sebaliknya, saya mengajak anda semua untuk melawat blog ini apabila bosan atau tidak tahu buat apa ketika itu. paling tidak, anda dapat melepaskan rindu kepada sekolah tercinta kita, Sekolah Agama Menengah Hulu Langat, Bt 10, Cheras  (mudahnya : samten)

Saya tidak bermaksud untuk menjadikan blog ini terlalu formal. cukuplah sekadar kita sama-sama menjaga adab dalam berkongsi. apa jua bentuk pengisian saya alu-alukan di sini. Penulisan seperti karya-karya kreatif, pengalaman, idea, respons isu semasa dan lain-lain sangat berguna di sini. perkongsian lain seperti video, komik, lukisan, resepi masakan, seni mahupun lagu pastinya menjadikan blog ini lebih menarik.

saya melihat blog atau web site boleh menjadi platform yang sangat berguna dalam mengetengahkan bakat atau minat masing-masing. Di samping itu, memang tujuan asalnya mengeratkan ukhuwah dan saling mengingati antara satu dan yang lain. Moga ukhuwah kita tidak berhenti di sini.

Mana yang baik itu datangnya daripada Allah. Yang buruk hadir daripada diri saya sendiri. Hakikatnya, kedua-duanya datangnya daripada Allah.

Moga Allah redha.


Cetusan rasa, 
Aliah Fitrah

0 comments:

Post a Comment

 

Ahli Kelas Aktif

Borak-borak kosong

 
Back To Top