Pages

Blogger templates

Allah says : 'Remember Me, I will remember you' (Al-Baqarah : 152)

July 10, 2013

Judgmental? Argh..!!

Salam Ramadhan buat semua.

Di malam 1 Ramadhan ini, saya tidak berhajat untuk menyentuh apa-apa berkaitan Ramadhan. cuma, saya rasa terpanggil untuk bercakap tentang sikap kita lebih-lebih lagi yang bergelar bangsa Melayu Islam ini. ya, sikap prejudis atau judgmental.

saya pasti, kita semua pernah mengalami situasi diperlekehkan atau dikutuk tak bertempat sedangkan kita rasa kita sudah melakukan perkara betul dalam hidup kita. kadang-kadang kita menjadi mangsa, dan adakalanya juga kita yang memangsakan orang lain.


Antara dialog yang pernah kita dengar:

"Kecoh pulak budak tu 'speaking' depan orang. Dia ingat dia hebat sangat? orang lain pun study overseas jugak tapi tak adalah nak menunjuk-nunjuk"

"Harap je sekolah agama, tapi tudung entah ke mana."

"Kau perempuanlah. suara aurat. tak payah lah nak jadi vlogger segala bagai ni.."

"Masuk pertandingan Tilawah Antarabangsa, tapi tak pakai songkok. tak ada adab ke dia tu?"

"Awalnya mak cik tu balik. tak kan buat 8 rakaat je Tarawikh malam ni. tak kan tak larat buat 20 kot"

secara peribadinya, saya dah penat dengan sikap kebanyakan masyarakat kita yang terlalu judgmental terhadap orang lain. ya, mungkin apa yang orang lain buat tu nampak seperti salah, tapi saya rasa there's must be a reason behind his/her behavior. Paling tidak pun kalau memang orang tersebut salah, janganlah menghukum mereka seolah-olah pintu taubat sudah tertutup baginya untuk berubah.

Sorry to say this but, I think a person who tend to judge other people blindly is a person who think he/she is good enough or better than those people. Perhaps.

apabila berhadapan dengan orang yang judmental terhadap orang lain ni, saya hanya mampu mendiamkan diri. Nak defend orang yang kena judge, saya sendiri tidak tahu apa alasannya. jadi, diam adalah penyelesaian terbaik.

Adapun kalau kita sendiri yang kena judge depan-depan, kita boleh pilih sama ada nak pertahankan diri dengan hujah-hujah bernas lagi jitu ataupun diam. bergantung kepada situasi, saya rasa.


bercakap tentang judgmental ni, tiba-tiba saya teringat kisah Luqman al-Hakin dengan anaknya yang pergi mengembara bersama-sama seekor keldai. saya rasa ramai yang dah pernah dengar kisah ni. correct me if i wrong. 

sewaktu memulakan perjalanan, anak Luqman al-Hakim duduk di atas keldai sementara beliau berjalan di sebelah keldai. apabila masuk ke satu kampung, mereka terdengar orang-orang di situ bercakap tentang mereka, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki keldai itu, sungguh kurang adab anak itu." lalu, Luqman al-Hakim menukar posisi dengan anaknya. kini, beliau duduk di atas keldai sementara anaknya berjalan kaki di sebelahnya. mereka teruskan perjalanan dan masuk ke satu kampung lagi. lalu mereka terdengar lagi penduduk kampung bercakap-cakap, "Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki." kemudian, Luqman al-Hakim turun dari keldainya lalu mereka berdua jalan beriringan dengan keldai di sebelah.

Tiba di satu kampung lagi, penduduk kampung bercakap sesama mereka, "bodoh sungguh mereka. ada keldai tapi masih berjalan kaki." Luqman al-Hakim yang mendengar mengajak anaknya menunggang keldai tersebut bersama-sama dan mereka teruskan perjalanan. sampai di kampung terakhir, masih ada yang bercakap tentang mereka, "celakalah mereka berdua. sanggup mereka menganiaya binatang yang lemah itu kerana terpaksa memikul beban mereka berdua di atasnya." 

Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya :

"Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T saja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."


Jadi, tak dapat dinafikan, sikap judgmental ni memang dah ada sejak berkurun lamanya dan bukan terjadi dalam masyarakat kita saja. sebab itulah, Luqman Hakim pesan kepada anaknya tentang telatah manusia ni. Orang memang tak akan berhenti bercakap walaupun kita buat benda yang betul. jadi, selama mana kita melakukan perkara yang betul menurut pertimbangan Allah, maka tak perlu risau dengan suara-suara sumbang orang lain. 

nasihat saya, (juga kepada diri sendiri) berhentilah menjadi prejudis atau pesimis. kerana saya rasa negara kita perlukan masyarakat yang lebih positif. positif terhadap diri sendiri. positif terhadap orang lain.

berikan peluang kepada orang lain. jangan terlalu mudah menghukum orang lain kerana boleh jadi mereka lebih baik amalannya berbanding diri kita.

buka hati, buka mata. sama-sama koreksi diri. 

Month of Ramadhan, just behave yourself!

0 comments:

Post a Comment

 

Ahli Kelas Aktif

Borak-borak kosong

 
Back To Top