Pages

Blogger templates

Allah says : 'Remember Me, I will remember you' (Al-Baqarah : 152)

July 24, 2013

Putus jari tuanku, ada hikmahnya !


Klu mula :
"Setiap yang berlaku ada hikmahnya"


Tersebutlah alkisah, seorang raja yang banyak tanah jajahan namun gemar berburu. Asalkan ada sahaja masa terluang, pasti dia akan keluar berburu. Apa sahaja yang boleh diburu akan diburu.Dan apa yang pasti setiap kali berburu baginda WAJIB ditemani Tuan Bendahara.Maklumlah bendaharalah tempat rujukan si raja.Seperti kebiasaan pada suatu ketika, raja dan bendahara keluar berburu......


Malang sungguh hari itu buat si raja dan bendahara. Apa tidaknya,walau seekor binatang tidak dapat ditangkap.Sudahlah panas, hasil pun tiada.Bendahara menenangkan si raja dengan berkata : "Sabarlah,tuanku.Pasti ada hikmahnya"

Begitulah halnya setiap kali panahan baginda tidak mengenai sasaran, setiap kali si raja merungut menyalahkan takdir,setiap kali tergelincir di dalam hutan (eh?) bendahara masih mengulangi kata-katanya tanpa ada rasa jemu .....



Tiba suatu masa,setelah hampir lewat petang....
akhirnya si raja berjaya mendapatkan seekor pelanduk !
Bukan main gembira si raja, maklumlah dah berjam-jam baru dapat seekor! Pelanduk pula tu...

Si raja bukan main gelojoh lagi ingin memotong daging pelanduk tadi. Sedap katanya.Buat pembaca blog ini, tuanku mengesyorkan untuk mencuba daging pelanduk ! Maka dengan bersungguh-sungguhnya, diambil oleh raja pisau yang amat tajam untuk memotong daging pelanduk..Akan tetapi............




















Si raja telah terpotong jarinya sendiri.Harap faham.Baginda ialah raja bukanlah chef.Barangkali itulah sebabnya. Maka seperti biasa dengan penuh kesedihan si raja mengeluh kepada tuan bendahara.

"Apalah nasib beta!!! Jari beta sudah terputus.. : '''' (  "









Namun , seperti biasa tuan bendahara mengulangi kata-kata yang sama.







"Ah, tuan bendahara kata ada hikmahnya??? Tidakkah tuan bendahara nampak jari beta sudah terputus ! Berani sungguh tuan hamba mempermainkan beta dengan kata-kata tadi "

Kemain (baca : bukan main )  marahnya si raja.Sampai sahaja mereka di istana , si raja menitahkan agar tuan bendahara dikurung di dalam penjara.Biar si bendahara tahu kepedihan hati baginda yang kehilangan jari.Hhmmm...


Masuklah tuan bendahara di dalam penjara.





Setelah sekian lama, si raja ingin keluar berburu lagi.Sudah dijelaskan tadi berburu adalah hobi baginda. Meskipun tuan bendahara tiada, baginda tetap ingin berburu.Maka keluarlah berburu si raja sendirian.

Malang sekali lagi buat baginda kerana kali ini baginda telah ditangkap oleh orang kanibal (manusia makan manusia ) yang merasakan baginda layak dijadikan 'korban' terbaik untuk mereka.Yalah, raja kan? mestilah kacak dan berpakaian hebat.Lalu baginda telah ditangkap untuk dijadikan 'korban'.


Menangis ketakutanlah si raja mengenangkan maut yang bakal menjelma. Menyesal baginda kerana keluar berburu sendirian.Namun sebelum upacara korban dimulakan, ketua kampung orang kanibal akan memastikan 'korban' memenuhi rukun dan syarat-syarat sah korban.Barulah 'korban' halal dimakan.


Antara rukun korban ialah : Korban mestilah sempurna fizikal.Setelah diperiksa, ternyata orang-orang kanibal menyedari kecacatan si raja yang putus jarinya. Maka baginda pun dilepaskan kerana mereka bimbang mendapat dosa kalau 'korban' tak diterima. Apalagi berlari keriangan si raja pulang ke istana dan pastinya orang YANG PALING DIRINDUI  ialah tuan bendahara.Sampai di istana, baginda segera bertemu dengan bendahara."Benar kata kamu, jari beta terputus ada hikmahnya.." Raja pun berceritalah akan tragedi yang menimpanya dari A hingga Z.

Tersenyum si bendahara sambil berkata: " Sesungguhnya saya dipenjarakan pun ada hikmahnya. Jika tidak pasti saya akan mengikuti tuanku dan sudah tentulah saya yang akan menjadi korban sementara tuanku terselamat " Kedua-dua raja dan bendahara tersenyum. Si raja pun membebaskan bendahara.









Nota kaki :
"If we never thank Allah for every smile, why we blame him for every tear? "
"Siapa kamu untuk tidak mensyukuri pemberian Allah sedangkan setiap helaan nafas milik-Nya "



Sumber :
Kisah ini telah diceritakan oleh Al-fadhil Habib Najmuddin Othman Al- Khered semasa Daurah Firasy .


"Ramadhan kareem"

"allahu akrom"

0 comments:

Post a Comment

 

Ahli Kelas Aktif

Borak-borak kosong

 
Back To Top