Pages

Blogger templates

Allah says : 'Remember Me, I will remember you' (Al-Baqarah : 152)

July 20, 2013

Tak Kenal Maka Ta'aruf !

Kini anda dalam segmen Teka-teki. 
Anda di minta meneka nama individu-individu yang ditunjukkan di bawah dengan tepat dalam masa yang ditetapkan.
 Bantuan luar - seperti bertanya orang sebelah, whatsapp kawan anda, mahupun bertanya kepada En. Google - tidak dibenarkan sama sekali.

ada berani?? jadi...adakah anda sudah bersedia?

*yeahhhhhh...!!* 
(tulisan berwarna merah merujuk kepada pembaca. ya, andalah)


Soalan Satu
Namakan kesemua individu berikut dalam masa 3 saat sahaja, tanpa perlu scroll jawapan di bawah terlebih dahulu. 


satu...

dua...

tiga...

jawapan dah ada dalam kepala? sila semak jawapan anda di bawah:

1. Aaron Aziz
2. Johnny Depp
3. Lee Min Ho
4. Jet Li
5. Syahid Kapoor 

anda berjaya jawab kesemuanya dengan betul? yeay, bravo! *tepuk tangan*

*heh, soalan ni semua orang pun boleh jawab...* 
anda pasti? baiklah, kita tengok soalan kedua pulak. 


Soalan Kedua
sila sebut nama kelima-lima individu di bawah dalam masa 5 saat.


satu....dua.....tiga...empat....lima...

time's up!

Dah ada jawapan? Jom semak betul atau tidak :

1. John Abraham
2. Kwon Sang-woo
3. Matsumoto Jun
4. Channing Tatum
5. Mario Maurer

so far, macam mana? boleh jawab? Kalau tak boleh teka nama sekalipun, mesti anda boleh bayangkan dia berlakon cerita apa. tak pun paling kurang, tau lah jugak dia tu pelakon daripada negara mana, kan kan? 
*angguk laju-laju*

tahniah saya ucapkan kepada anda semua. tapi jangan seronok sangat. teka-teki belum habis lagi.

*kejap jap....kenapa tunjuk gambar-gambar artis ni? sekarang ni kan bulan Ramadhan...*

say what...?? oh, gambar artis tak boleh tengok masa bulan Ramadhan je ke, abang kakak sekalian?
*zap..zap...tampar muka sendiri*

baiklah, kalau macam tu kita cuba soalan lain pulak. yelah, bersesuaian sikit dengan bulan Ramadhan ni...


Soalan Ketiga
Sila nyatakan nama individu-individu berikut dengan tepat dan yakin dalam masa 10 saat. sekejap sangat? okeylah, seminit. ingat, bantuan daripada luar tidak dibenarkan sama sekali.


Tempoh seminit telah tamat. Anda berjaya menemui jawapannya?
 *angguk geleng-geleng*

eh, kenapa pulak? ambpi...tadi laju je boleh jawab semua. takkan tukar soalan sikit je dah tak boleh jawab kot? tak dapat teka semua seorang dua pun cukuplah...

jadi, dah nampak permainannya di situ?

*mata ke atas, mulut muncung ke bawah*

ok ok...tak payah susah susah tanya Pak Cik Google jawapannya kerana saya dengan baik hati akan memberikan jawapan kepada anda. ehhe...


1. As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin
Nama sebenar : Ahmed Ismail Hassan Yassin
Asal : Palestin
Hayat : 1937-2004
Tentang beliau : menjadi Amir pertama bagi Hamas dan menyertai gerakan Ikhwanul Muslimin ketika menuntut di Mesir. Walaupun lumpuh dan berkerusi roda, ia tidak dijadikan penghalang untuk menjadi pejuang kepada Islam di tanah airnya.

Saya punya firasat akan segera mendapatkan kesyahidan dan memang itulah yang saya minta. Saya hanya mencari akhirat, bukan dunia”


2. Imam Hassan al-Banna
Nama sebenar : Hasan Ahmed Abdel Rahman Muhammed al-Banna
Asal : Mesir
Tempoh hayat : 1906-1949
Tentang beliau : menyediakan satu asas Gerakan Islam (Harakah Islamiyyah) yang kukuh berpandukan kepada sirah perjuangan Rasulullah SAW, yang kini menjadi contoh kepada Gerakan Islam hampir di 70 negara di seluruh dunia pada hari ini.

"Pengalaman dahulu dan sekarang membuktikan bahawa tiada kebaikan melainkan jalan kamu yang baik, tiada hasil melainkan bersama perancangan kamu yang baik dan tiada kebenaran melainkan dalam apa yang kamu lakukan dengan baik."



3. Sheikh Muhammad Abduh
Nama sebenar : Muhammad bin Abduh bin Hasan Khairullah
Asal : Mesir
Tempoh hayat : 1849-1905
Tentang beliau : seorang tokoh ilmuan. membawa idea-idea baru yang mengubah pandangan orang terhadap Islam, mengambil inspirasi daripada Gerakan Islah. Pernah menjadi Mufti Mesir.


4. Ahmed Deedat
Nama sebenar : Ahmed Hoosen Deedat
Asal : India
Tempoh hayat : 1918-2005
Tentang beliau : penulis dan pemidato yang hebat. Buku karangan beliau yang terkenal ialah 'The Choice between Islam and Christianity'. penulisan dan perdebatan beliau telah berjaya menyebarkan dakwah Islam ke serata dunia.


5. Sheikh Fathi Yakan
Nama sebenar : Fathi Yakan
Asal : Lubnan
Tempoh hayat : 1933-2009
Tentang beliau : aktivis Islam yang memberi sumbangan besar kepada Islam melalui penulisan-penulisannya. antara buku yang terkenal, 'maza ya'ni intimai Ila Islam' (Apakah Ertinya saya menganut agama Islam)

Pemuda ialah sebuah tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam. Tetapi orang lain telah mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia. Sesungguhnya manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda dan pemudi tetapi mereka ini hanyalah kosong, hanyut dan terbiar.”


so...macam mana? nak cuba lagi?

*itu kan ulama-ulama dan pejuang Islam yang sudah meninggal dunia. Mestilah aku tak sempat kenal mereka*

Oh ye? baiklah. Last chance. sila jawab soalan terakhir ni.

Soalan Keempat
Sebutkan nama tokoh-tokoh Islam yang berikut. Tiada tempoh masa diberikan.



Got the answer? confirm dengan jawapan yang ada dalam kepala? ok, let's check it out here :




keempat-empat tokoh ini masih hidup. Kalau 'mati' itu menjadi alasan kita tak mampu mengenali tokoh-tokoh Islam, cuba fikir balik. Buku-buku, idea-idea dan fikrah-fikrah mereka masih hidup sehingga hari ini tapi kita langsung atau jarang ambil peduli. 

Kadang-kadang kita termalu sendiri, kenapa artis kita boleh kenal dan cam hanya sekali pandang sedangkan ulama' dan tokoh Islam menjadi orang asing dalam hidup kita. 

siapa sebenarnya yang wajar dijadikan idola, yang disanjung lagi diteladani?

Rasulullah yang utama. Diikuti dengan para sahabat, tabi' dan tabi' wa tabiin..

tokoh yang saya tunjukkan di sini cuma sedikit daripada bilangan yang ada atas muka bumi ini - baik yang hidup atau yang sudah meninggal dunia. sejujurnya, kalau soalan yang sama ditanya kepada saya, saya juga tak mampu nak jawab kesemuanya dengan tepat. tapi itu bukan bermakna kita perlu terus mendiamkan diri. 

Tapi, kepada anda yang berjaya meneka kesemuanya dengan betul, yakin lagi mantap, Alhamdulillah... mungkin boleh tuntut hadiah daripada saya selepas ini. tapi mesti jujurlah.

*kalau tak boleh jawab kena buat apa?*

jadi, kena kenallah! 

*Tak kenal, maka tak....cinta, kan?*

bukan..

Tak kenal maka Ta'aruf, lah!

^________^

0 comments:

Post a Comment

 

Ahli Kelas Aktif

Borak-borak kosong

 
Back To Top