Jawablah dengan amalan masing-masing. Moga sihat selalu.
Aku teringin sangat nak menceritakan pengalaman aku sebagai cikgu. ya, bukan sebarang cikgu. Tapi cikgu di sekolah tercinta, samten. Aku tahu, tak ramai yang tahu pasal ni. Aku pun tak berhajat menghebohkannya kepada semua memandangkan semua sudah bawa haluan masing-masing.
Tawaran emas
kembali memutar masa kepada setahun yang lalu, aku dapat tawaran bekerja sebagai guru ganti daripada seorang cikgu yang aku kira rapat dengannya. ketika itu aku masih lagi menuntut di SAMTTAR, mengakhiri hari-hari terakhir sebagai pelajar STAM di sana. cikgu tawarkan aku kerja tu memandangkan beliau tahu aku akan berhenti sekolah tak lama lagi kerana akan menyambung pelajaran ke Mesir bulan 10 nanti. Lama aku berfikir sama ada nak tolak atau terima tawaran tu.
Hati berbolak-balik
Hati mana yang tak gementar tatkala memikirkan cabaran baru bakal ditempuhi. Ini bukan kerja main-main. Jadi cikgu di sekolah menengah bukan kerja mudah. Lagi-lagi di sekolah sendiri. Juniorku bakal menjadi anak muridku! ditambah lagi dengan status aku sebagai budak lepasan SPM, layakkah aku menjadi guru?
satu-persatu soalan datang. terpaksa berperang dengan psikologi sendiri pada awalnya. keputusan telah diambil. akhirnya aku terima tawaran tersebut atas beberapa alasan yang ku fikirkan wajar. surat berhenti sekolah sudah dihantar ke pejabat dan aku officially berhenti sekolah.
bilik 'berehat'ku |
Hari pertama
sangat awkward. sangat sangat. pelajar-pelajar semua dah pandang pelik. lagi-lagi hari pertama tu ada perhimpunan rasmi di dataran sekolah. datang-datang je aku dijemput duduk di kerusi yang disediakan khas untuk guru-guru. was-was nak duduk sebenarnya, terasa tak layak dan tak sopan kalau aku duduk di tempat cikgu-cikgu. tapi apakan daya, disebabkan aku di situ untuk menggantikan guru baru yang cuti bersalin, jadi aku buat juga. kalau berdiri tak ke jadi lagi pelik?
habis perhimpunan, aku pergi ke pejabat dan jumpa GPK 1, Puan Atifah Salleh. Teacher Atifah kata, aku dah boleh masuk kelas hari ni. jadual kelas dah berada di tangan aku. dan betapa terperanjatnya aku bila dapat tahu aku perlu mengajar untuk 3 Tingkatan - Form 2, 3,4. say what??? asalnya aku ingat perlu ajar form 2 dengan form 4 je. tapi aku berlapang dada dan terima saja. Form 3 cuma subjek geografi. Alhamdulillah mereka dah habiskan sillibus sebelum aku masuk.
Peringkat awal mengajar
macam aku cakap tadi, adik-adik junior aku semua pakat jadi anak murid aku. oh, peliknya bunyinya! Mereka panggil aku cikgu. Aku menggelarkan 'saya' saja di depan mereka. Aku fikir tak praktikal pula menggunakan istilah 'kakak' dalam kelas.
Masuk kelas Form 4 (kedua-dua kelas pelajar Akaun), semua krik-krik. terasa macam alien je duduk kat depan. kadang-kadang macam halimunan pun ada. seriously. Tak semua berikan perhatian apa yang aku ajar masa mula-mula tu. Ditambah lagi dengan aku yang tersekat-sekat ketika mengajar. Mana taknya, disuruh mengajar Sains budak akaun sedangkan aku budak Sains tulen. beza tau! Kalau aku orang yang diajar tu, mesti dalam hati dah fikir, 'apalah akak ni, tak reti mengajar ke?' haha. memang saya tak reti mengajar dik. masa zaman sekolah dulu pun aku memang tak pandai ajar orang. tapi sebab apa aku terima jadi cikgu at the first place? jeng..jeng...jeng....
bergambar kenangan dengan 2 Abu Daud ketika Sambutan Hari Raya Aidilfitri |
Kelas Form 2 lain pula kisahnya. aku ditugaskan untuk mengajar subjek Sains untuk kelas Bukhari dan Abu Daud. ye, dua kelas yang orang kata bagai langit dan bumi bezanya. masa mula-mula masuk pun macam tu. 2 Bukhari senyap, 2 Abu Daud bising. Allah Allah...macam mana aku nak hidup mengajar mereka ni?
Pembiasaan diri
Lama-kelamaan aku dapat biasakan diri. memang tak mudah. tapi, sikit sebanyak atas bimbingan cikgu-cikgu lain aku dapat cara untuk mengajar. mula timbul idea-idea baru dalam kepala. semuanya perlukan usaha. kalau cikgu yang tak mulakan usaha, masakan mengharapkan anak murid untuk berusaha, kan?
respon pelajar juga makin lama makin baik. mereka berjaya ikut rentak aku, aku berjaya ikut cara mereka. mereka nak main, aku bagi main. mereka nak keluar aku bagi keluar. mereka nak soalan, dengan senang hati aku bagi soalan. (part 'main' salah satu strategi mereka belajar ye) kelas 2 Bukhari dan 2 Abu Daud pun dah nampak macam sama. sama-sama bising. sama-sama pandai -.-'
mengajar Form 2 dan Form 4 aku cuba beranikan diri conduct experiment bersama-sama mereka. sekadar yang mudah-mudah je. semua experiment tu aku tak pernah buat sebelum ni. Alhamdulillah, Allah beri peluang aku rasa walaupun sebagai guru. dan Alhamdulillah juga experiment tersebut berjalan dengan lancar.
antara pelajar kelas 2 Bukhari (credit photo to Pn Norida) |
Antara cabaran terhebat
semakin mendekati PMR, sekolah mengadakan kelas teknik menjawab soalan buat calon-calon PMR di dewan makan. memandangkan aku menggantikan salah seorang guru PMR untuk subjek Geografi, aku terpaksa turut sama dalam program ini. hanya aku dan Cikgu Hasnah untuk Geografi. Bila Cikgu Hasnah ada kelas, cikgu tugaskan aku uruskan program. masa tu aku dah berdebar. uruskan satu Form 3 tu? ya, keadaannya macam anda berada di depan menjadi penceramah motivasi kepada ratusan pelajar (baca : seratus lebih) dalam masa yang sama anda perlu mengawal suasana dalam dewan tu, sendirian tanpa pembantuan (cikgu lain) ! FUH FUH...*berpeluh-peluh* tapi Alhamdulillah...2 kali buat dan berjaya dilaksanakan dengan baik.
Timbul kesedaran
sejujurnya, menjadi guru ganti ni mengajar aku banyak perkara dalam hidup aku. pengalaman lebih kurang 3 bulan di samten berjaya menimbulkan kesedaran dalam diri aku selaku pelajar dan pengajar. Tugas guru tidak semudah ramai orang sangka. mereka bukan hanya mengajar dalam kelas, malah turut diamanahkan tugas-tugas luar demi pelajar. setiap hari perlu memikirkan apa yang ingin diajar dalam kelas seterusnya dan bagaimana. nak ingat nama pelajar setiap seorang pun ternyata amat payah.
secara tidak langsung aku terfikir masa zaman aku menjadi pelajar sekolah dulu. dapat kerja sekolah mengeluh. kena buat kerja kursus nak mengelat. buat folio asal siap. kadang-kadang kita tak sedar setinggi mana kita letakkan hormat pada guru yang banyak berjasa. serapat mana kita dengan mereka walaupun telah tamat persekolahan. dan sekerap mana kita mendoakan kesejahteraan mereka saban hari.
sempat merasmikan surau baru sekolah |
Layakkah menjadi....?
jadi berbalik kembali kepada soalan asas berdasarkan tajuk pada awal-awal tadi. bukan layakkah menjadi guru yang aku nak tanya, tapi layakkah kita menjadi pelajar? kalau rasa layak, jagalah adab-adab dengan guru. mereka ada perasaan. dan perasaan itu terkadang terlalu halus untuk dilukai.
Cebisan kenangan
apa yang aku kongsikan ni hanya sedikit coretan daripada pengalaman sepanjang keberadaan aku di samten sebagai guru ganti. This chance came once in a lifetime. Alhamdulillah..aku berjaya menamatkannya dengan baik. bukan gaji yang aku harapkan pada awalnya, tapi pengalaman itulah yang aku impikan pada penghujungnya. pengalaman yang insyaallah mendewasakan diri ini.
Moga Allah Redha~
Perindu sekolah,
Aliah Fitrah.
0 comments:
Post a Comment