Pages

Blogger templates

Allah says : 'Remember Me, I will remember you' (Al-Baqarah : 152)

July 08, 2013

Mim. Sod. Ra' (Misr)

070713 - penyokong Dr Morsi berkumpul di dataran Rabiatul Adawiyah, Kaherah
Bismillah..

baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita-berita 'sensasi' tentang Mesir. aku juga ada menerima permintaan daripada seorang sahabat kita untuk ceritakan tentang krisis yang sedang melanda bumi anbia' tersebut, tapi sejujurnya aku tak mampu menceritakan keadaan sebenar memandangkan aku tak berada di tempat kejadian ketika itu.

alhamdulillah...aku seronok tengok di Facebook bila rata-rata dalam kalangan kita yang share banyak pasal Mesir, komen pasal Dr Morsi, IM dan sebagainya walaupun anda sendiri tak pernah menjejakkan kaki ke sana. seronok atas keprihatinan sahabat-sahabat di Malaysia tentang isu semasa yang melibatkan saudara seagama kita. tahniah aku ucapkan!

Mangsa cedera tetap dengan Al-Quran ^_^

bagi sesiapa yang berminat untuk ambil tahu tentang apa yang berlaku di Mesir ketika ini, boleh 'like' sendiri page Mesir Kini di Facebook atau di Twitter @Mesir Kini . Insyaallah, di situ memuatkan berita-berita terkini dan dijamin tepat. kalau nak dibandingkan dengan berita yang disampaikan media massa Malaysia, terlalu banyak tokok tambah dan penyelewengan fakta yang kadang-kala memeningkan kepala kita yang membaca.

penyokong Morsi dari Paris. Malaysia tak nak buat macam ni? *eh

Ada yang bertanya, 'tak takut ke nak balik Mesir semula lepas ni?'

Insyaallah, tak. malah sebaliknya. apa yang berlaku sekarang ni seperti menjadi booster atau galakan kepada  aku untuk lebih bersungguh-sungguh. secara tidak langsung, kami pelajar Malaysia yang berada di Mesir dapat menyerap sedikit semangat jihad Ikhawanul Muslimin dan pengikut Morsi. dari segi keselamatan, insyaallah ada Allah yang masih menjaga kami. ramai je lagi pelajar Malaysia yang masih di Mesir ketika ini dan tak nak balik! mereka yakin, Mesir akan kembali seperti sedia kala dan tak ada apa yang perlu dibimbangkan..

Buat sahabat-sahabat yang akan ke Mesir pada akhir tahun ini atau tahun-tahun depan, harap tak patah semangat dan risau tak menentu. Insyallah, everything gonna be fine soon. Kita sama-sama berdoa untuk keamanan Mesir dan kemenangan Islam di sana.


Al-Fatihah buat pejuang-pejuang Islam yang telah syahid. Moga pengorbanan nyawa mereka dibayar dengan tertegaknya Islam di Mesir dan negara-negara sekitarnya. Amin ya Rabb.



Rakyat Mesir melaksanakan Solat Subuh berjemaah di Dataran Raba'ah. subhanaAllah...

**all photos from Mesir Kini

0 comments:

Post a Comment

 

Ahli Kelas Aktif

Borak-borak kosong

 
Back To Top