renungan dari seorang kawan lama .
KISAH DUIT SYILING DAN BATU
TINGG!!!...
Wang syiling itu jatuh di hadapan
seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan
lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu
lama,tangannya segera
mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula
kerjanya.
TINGG!!!...
Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling
tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan di
sekelilingnya. Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus
mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.Tidak lama kemudian, lelaki
itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil
dan menyimpannya.“Rezeki aku!” kata lelaki itu dalam hati.
credit pak cik Google
Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu
sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap
yg mereka bina itu. Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu
disampaikan ketuanya itu.
Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba
memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.Namun, jeritan itu tidak
mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek
kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu
akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan
pesananya kepada pekerjanya itu.
Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling
ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.Lantas, ketuanya itu
mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil
itu dibaling ke bawah.
Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.
Setelah merasa sakit dan terganggu ,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari
mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi. Barulah dia ternampak
kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan
pesanan.
P/s : Sahabat sekalian, kisah ini sekadar tamsilan
antara kita dengan Yang Maha Pencipta. kita acap kali lalai untuk ‘mendongak’ ke atas sebaliknya terus menikmati
pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.
Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila
jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula ‘batu’
yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan
hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk
mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.
Source : Ustaz Zahazan
Hobiku rajin meng'copy paste',
Fatin Athirah : P
Mohon copypaste ye.. terima kasih
ReplyDelete