Pages

Blogger templates

Allah says : 'Remember Me, I will remember you' (Al-Baqarah : 152)

July 09, 2013

Syarat Menarik Untuk Bakal Suami


ini cerita serious!
Tersebutlah alkisah seorang gadis/anak dara/perempuan muda yang cantik + lembut + baik + solehah.
Dia menjadi rebutan para pemuda untuk memperisterikannya.Maka ramailah yang datang menyuarakan isi hati untuk memiliki gadis istimewa ini.Lalu dia pun berkata : "Baiklah, saya hanya ada 3 syarat untuk menjadi  suami saya.Sesiapa yang dapat menyempurnakan 3 syarat ini, saya akan bernikah dengan dia.



Apa syarat-syaratnya???

 "Pertama, bakal suami saya orang yang berpuasa sepanjang tahun.Kedua, bakal suami saya ialah orang yang khatam Al-Quran setiap hari.Ketiga, bakal suami saya ialah orang yang solat sepanjang malam."

Allahuakbar,terkezzzuuttt semua pemuda termenung memikirkan syarat -syarat si gadis.Tak kurang yang pulang menggigit jari.Lebih ramai yang melupakan hajat masing-masing untuk bernikah dengan si gadis.
Tak sanggup !!!

Tetapi ada seorang pemuda yang cerdik berkata :
"Baiklah saya sanggup menunaikan kesemua 3 syarat tadi! "

Maka berlakulah pernikahan.....

Setelah beberapa lama mendirikan rumah tangga, si isteri berasa hairan dan mula mempersoalkan janji suaminya.
 Apa tidaknya, setiap malam suaminya tidur awal. Entah bila solat sepanjang malam didirikan???
Setiap pagi suaminya bersarapan pagi.Ke mana puasa setahun yang dijanjikan???
Sudah itu, tidak pula kelihatan suaminya selalu bersama-sama Al-Quran.Bila pula nak khatam setiap hari???



Lantas si isteri bertanya kepada suami akan keraguannya.Apa jawapan si suami???

"Eh, mana ada abang mungkir janji.Semua sekali abang buat ! "

Si isteri semakin hairan."Bila masa abang berpuasa sepanjang tahun?Pagi-pagi lagi abang dah sarapan.. "

kata si suami :" Kan nabi S.A.W bersabda, yang diriwayatkan oleh Jabir r.a, :
Barang sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringi dengan enam hari daripada bulan Syawal, maka seolah-olah dia telah berpuasa sepanjang tahun. Abang buat yang tu cukuplah"




Bengang si isteri: "Kedua, abang kata nak khatam Al-Quran setiap hari.Bila abang buat??"

balas si suami, "Eh, abang buat!Bukankah nabi s.a.w bersabda,
 “Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas, maka seakan-akan dia telah membaca satu pertiga Al-Qur’an” (Hadith Riwayat Ahmad dan An Nasai).
Jadi abang bacalah 3 kali seolah-olah sama satu Al-Quran .Abang pun dapat  khatam Al- Quran setiap hari.
“Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca Al-Quran seluruhnya.” (Hadith Riwayat Al’ugaili dan Rajaa Al Ghanawy)



Isteri kembali bertanya syarat ketiga,"Yang abang kata nak solat sepanjang malam pula?"
senyum si suami, "Saidina Uthman bin ‘Affan r.a meriwayatkan bahawa beliau telah mendengar Nabi SAW bersabda:
“Barangsiapa yang solat Isyak secara berjamaah seumpama bangun mengerjakan qiam separuh malam dan barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjamaah seumpama dia solat keseluruhan malam”Abang buat ini jelah


Moral of the story : Simpanlah soalan ini baik-baik,manalah tau nak kena tanya nanti masa pinang bakal isteri : P (Gurau si Ustaz) .Hakikatnya jadilah orang yang berilmu.Barulah cerdik !



Source : Ustaz Raihan Abdul Aziz at Tanyalah Ustaz TV9, Monday, 8th July 2013

(HR Muslim.)


2 comments:

 

Ahli Kelas Aktif

Borak-borak kosong

 
Back To Top