Pages

Blogger templates

Allah says : 'Remember Me, I will remember you' (Al-Baqarah : 152)

July 03, 2013

On Finding Your Own Potential

Bismillah.


Sebagai permulaan, apa kata kita tonton dulu video Aiman Azlan ni. bagi yang dah pernah tengok pun boleh tengok lagi :)

Bila cakap pasal potensi, ramai yang dah bosan. rasa macam itu cerita masa zaman sekolah dulu. sedangkan potensi diri bermula atau bercambah setelah kita keluar dari alam persekolahan.

ramai terasa diri tidak memiliki apa-apa kelebihan. biasa kita dengar, 
"Aku tak pandailah nak buat itu."
"Malaslah nak join program yang ada ramai orang ni. aku bukannya tau nak uruskan program."
"Aku ni semua benda tak tahu buat. Bosanlah hidup."

kita tak akan tahu apa yang kita mampu buat selagi kita tak cuba apa yang kita tahu.

Kalau 'menara gading' kita mampu bina, apa lagi yang kita mampu buat?







jangan jadi terlalu rendah diri dan duduk dalam tempurung. peluang terlalu banyak untuk kita mencuba. Jika anda orang yang suka bercakap, cakaplah perkara yang berfaedah kepada manusia. boleh jadi penceramah, pakar motivator, pemidato, pengacara dan sebagainya. jika suka menyanyi walau rasa suara tak berapa sedap, belajarlah menyanyi dengan hadiri kelas vokal. lalu boleh manjadi penyanyi yang menyampaikan lagu-lagu yang bermanfaat. Jika suka menulis, tulislah perkara berguna seperti artikel, cerpen, novel atau puisi selagi termampu. Jika sukakan seni, masuklah ke kelas-kelas latihan seni bagi mengasah bakat tersebut.

platformnya banyak. ruangnya cukup luas. kadang-kadang kita terlepas pandang dan tak mahu merebutnya.

tapi, tak semua potensi bermula dengan minat. 

buktinya, Fatih Sefaragic. beliau sendiri pada awal usianya tidak suka menghafaz al-Quran. bukan pilihan dan minat dia untuk menjadi seorang al-Hafiz apabila dewasa. tapi, atas asuhan dan 'paksaan' ibunya, akhirnya dia mengikuti kelas Al-Quran dan berjaya menghafaz kesuluruhan Al-Quran ketika berusia 13 tahun! tengoklah siapa dia pada hari ini...menjadi Imam di tempat tinggalnya. 

Dia beruntung kerana berjumpa dengan potensi dirinya pada usia muda. beza kita (94 Generation) dan beliau cuma setahun, tapi kita masih belum berjumpa potensi sendiri.

Yes, it takes time. tapi tak salah mencuba dari sekarang. lama-lama kita akan jumpa.

macam aku, jujur aku katakan, aku juga masih tercari-cari bakat sendiri. orang kata aku 'pandai menulis' tapi aku tak rasa macam tu. aku cuma rasa 'suka menulis'..lalu aku terfikir, daripada buat sesuatu sekadar suka-suka, baik aku jadikan penulisan aku orang suka. dalam erti kata lain, bermakna. dari situ terbit idea untuk membina blog ini.


percayalah, setiap individu diberikan bakat yang berbeza-beza. kita semua memiliki potensi yang berlainan. cuma kadang-kadang kita sendiri tak sedar dengan bakat dan potensi yang ada dalam diri kita.


Pencarian diri, 
Aliah Fitrah

0 comments:

Post a Comment

 

Ahli Kelas Aktif

Borak-borak kosong

 
Back To Top