*Thanatophobia = Takut mati*
'Dah bersedia untuk mati?'
Kalau soalan itu ditanya kepada anda, apa reaksi anda?
Terkejut? Terkesima? Speechless? Atau langsung tiada rasa apa-apa?
Mati.
Orang sekarang begitu skeptik dan fobia bila sebut tentang mati. keadaannya begitu digeruni sehingga jika menyebut perkataan itu umpama mendoakan kematian buat diri sendiri.
apakah?
tapi...tak kurang juga manusia yang tidak merasakan apa-apa apabila disebut tentang kematian.
"alah, aku muda lagi. belum sampai masa aku mati lagilah"
lalu Allah menjawab kepadanya,
"Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila sampai ajal maut seseorang itu ia tidak dapat ditunda atau dipercepat, walau sesaat pun."
[ Al-A'raf : 34 ]
Tak kesah lah orang tua ke, orang muda ke, kanak-kanak ke, atau bayi sekalipun, kalau Allah dah takdirkan dia untuk mati pada tanggal sekian sekian, di tempat sekian sekian, dalam keadaan sekian sekian...maka siapa kita untuk berkata, "eh, tunggu dulu. Aku belum bersedia untuk mati!"
'Bila kau akan bersedia?'
"Bila aku tahu aku bila aku akan mati kot"
sahabat, kalau 'mati' itu kita boleh nampak atau dia bagitahu awal-awal bila dia nak jemput kita nescaya kita akan mempersiapkan diri 'secantik' mungkin, kan? Malangnya tidak. Mati itu rahsia Allah - Tuhan yang Menghidupkan dan Mematikan kita.
"Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dialah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." [ Luqman : 34 ]
kadang-kadang saya cemburu dengan banduan di penjara yang menunggu hukuman gantung sampai mati dijalankan. sebab apa? sekurang-kurangnya mereka sudah tahu waktu untuk mereka pergi menghadap Tuhan. Sekurang-kurangnya mereka sudah boleh bertaubat dan membuat persiapan selagi ada masa berbaki.
tapi....tak kan kita nak jadi seperti mereka dulu baru kita nak ingat mati dan mempersiapkan diri?
takkan kita nak tunggu kehilangan orang yang kita sayang baru kita nak kembali kepada-Nya??
'Baiklah, apa persediaan kau untuk mati nanti?'
"Persediaan? entah. tak fikir lagi."
langkah pertama untuk bersedia ialah selalu beringat - ingat mati. Rasulullah s.a.w menyarankan kita untuk mengingati mati sekurang-kurangnya 20 kali sehari. ya, 20 kali! nak ingat sekali pun susah kan? sebab apa? sebab kita lupa kita hidup untuk mati.
Langkah seterusnya, muhasabah diri sendiri. Kalau rasa ada kelompongan dalam diri, isilah kelompongan tersebut. Baiki amalan yang kita buat bagai lepaskan batuk di tangga selama ini. Jangan pernah rasa cukup dengan ibadah yang kita ada. Kerana kita tak tahu, amalan kita yang mana diterima Allah.
Sedangkan Nabi yang dijamin syurga pun menangis bersungguh-sungguh di depan Allah, inikan pula kita hambaNya yang daif lagi hina dina ni..
Cara lain bagi mengingati mati ialah dengan menziarahi orang sakit, orang meninggal, baca Al-Quran (kerana banyak ayat tentang kematian disebut di dalamnya), mendampingi para ulama', ikuti majlis ilmu dan juga beristighfar sebanyak-banyakknya.
Insyaallah, orang yang sudah bersedia tidak akan berasa takut dengan kematian.
'Bagaimana andai kau mati esok?'
"Semoga Allah terima taubat dan ibadah aku selama aku hidup ini."
ya, ibadah yang dilakukan bersungguh-sungguh. tak lain tak bukan untuk mengharap redha dan keampunan Allah semata-mata. Ibadah yang dapat menyelamatkan kita daripada azab kubur, azab akhirat dan tentunya azab Neraka.
Kerana, tatkala nyawa kita ditarik keluar daripada jasad, pada waktu itu tiada guna lagi taubat kita. Harta yang kita sayang, manusia yang kita cinta, jawatan yang kita puja dan keseronokan yang kita nikmat semuanya meninggalkan kita. Waktu itu, kita akan bersendirian. Entah melalui rehat yang panjang atau seksa yang tak berkesudahan.
Ramadhan ini, mungkinkah Ramadhan terakhir kita?
Hiduplah sebagai mana yang kau sukai tetapi ingat bahawasanya engkau akan mati , cintailah pada sesiapa yang engkau kasihi tetapi jangan lupa bahawasanya engkau akan berpisah dengannya dan buatlah apa yang engkau kehendaki tetapi ketahuilah bahawasanya engkau akan menerima balasan yang setimpal dengannya. (Imam Al-Ghazali)
slaloo dgr dm tazkiroh..malaikat maut datang melawat kita 7 hari sekali ..allah..
ReplyDeleteherm...betul tu. sbb tu la kita kena selalu ingat mati.
DeleteMoga kita mati dalam husnul khatimah insyaallah ^_^